Jangan Mudah Nak Terbawa Perasaan Saat Dapat Perhatian Dari Seseorang...

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila waktu-waktu single ini memanglah mudah sangat nak perasan, orang kata jadi macam kuat perasan pula. Mana tidaknya, kejap orang sana tegur, kejap orang sini tegur. Rasa macam ramai peminat pula. Sedangkan anda sendiri tak tahu niat sebenar orang yang menegur anda.

Bila dah kata waktu single ini jadi macam orang kuat perasan maka, pasti anda merasakan bahawa orang yang datang tegur anda it, menyukai anda. Masa inilah anda tiba-tiba rasa macam ada ramai sangat peminat dan ramai orang sukakan anda. Akan tetapi anda tak tahu niat sebenar mereka.



Boleh jadi mereka yang datang itu betul-betul sukakan anda. Boleh jadi betul-betul nak kenal diri anda dengan lebih mendalam, malah boleh jadi juga nak jalinkan satu hubungan yang serius. Itu pun anda tak tahu juga bukan. Ini kerana, mereka yang datang menghampiri anda itu sendiri pun tak pernah beritahu hasrat sebenar isi hati mereka.



Bukan itu sahaja, kadang kala orang yang datang mendekati anda itu boleh jadi sekadar ingin berkenalan dengan anda sahaja. Di mana, dia ingin tahu bagaimana anda orangnya. Apa perkerjaan anda ataupun saja-saja untuk tambah kenalan mereka sahaja. Orang kata, berkawan biar seribu bukan?

Tidak hanya itu sahaja, boleh jadi yang datang kepada itu hanya ingin berkawan lebih rapat dengan anda. Akan tetapi bukan nak satu hubungan yang serius. Ala, macam kawan dalam media sosial yang mana selesa untuk berkongsi pendapat dan sebagainya. Di mana, ia merasakan anda seolah-olah mampu memahaminya. Bukan niatnya mendekati anda untuk menyukai anda.



Sebab itu jangan begitu mudah perasan dengan merasakan bahawa setiap orang yang mendekati itu menyukai anda. Boleh jadi ya, malah boleh jadi tidak. Ini kerana, hati orang tidak boleh dibaca dan diduga. Tapi ada juga yang mendekati dengan niat hati yang tidak baik. Itu lagi menakutkan bukan.



Jangan mudah perasan apabila ada seseorang ingin berkenalan dengan anda. Kalau boleh jangan beri hati anda dahulu. Kenali mereka dengan baik dan lihat dahulu niatnya. Jangan terburu-buru, kalau niatnya baik maka terimalah dirinya. Akan tetapi kalau sebaliknya, bersyukurlah bahawa anda tak terluka. Bukan ke itu lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen