Rasa Sayang Itu Tak Cukup Kalau Anda Tak Berani Nak Meminang Si Dia...

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila masa bercinta, cakap bab sayang memang sampai tak terkira. Ada yang cakap sayangnya setinggi gunung di dunia, sebanyak air hujan yang turun malah ada juga yang cakap sebanyak daun di pokok. Haaa… Bila cakap bab sayang memang tak nak kalahlah masing-masing.

Itu belum lagi, belah lah dada, operate lah hati…



Masa bercinta ini kalau cakap bab sayang memanglah masing-masing akan berlumba siapa yang lagi banyak dan lagi sayanglah cerita dia. Nak cakap bab sayang ini pun kadang kala sampai bergadung dan sampai merajuk lama. Nampak tak sayang itu penting dalam hubungan.



Namun begitu, sebenarnya kalian tak cukup sayang antara satu sama lain lagi kalau masih belum halalkan hubungan. Di mana, bila kalian halalkan hubungan barulah itu tanda cinta dan kasih sayang sebenar, sebabnya betul-betul nak dekat pasangan bukan main pada kata-kata sahaja.

Lagi-lagi orang lelaki, bila cakap bab sayang sahaja tak cukup kalau anda taka da usaha nak halalkan pasangan anda. Tak akan sekadar nak cakap sayang sahaja, tak nak ke halalkan pasangan yang dicintai itu sahaja. Kalau dah cakap sayang tapi masih belum jumpa mak ayah si gadis, itu belum cukup sayang lagi.



Kalau dah cakap sayang, tapi tak ada usaha nak kumpul duit atau berkerja keras demi masa depan kalian, itu pun belum cukup sayang lagi. Sayang ini bukan sekadar dibibir sahaja untuk sedapkan hati pasangan, akan tetapi cuba untuk buktikan kepada pasangan anda bahawa anda benar-benar sayang pada dirinya.

Buat orang perempuan pula, kalau lelaki itu cakap sayang sahaja tanpa usaha nak halalkan anda, itu pun belum cukup sayang. Itu hanya tanda-tanda bahawa dia tak mahu anda pilih lelaki yang berani halalkan dirinya. Malah, kalau lelaki tersebut mengajak halalkan hubungan dengan cara yang salah sekali pun, macam kahwin dekat siam atau apa pun, itu pun bukan tanda sayang.



Anda perlu jelas bahawa kasih sayang ini bukan anda serahkan jiwa dan raga, bukan sekadar kata-kata di bibir sahaja ataupun untuk menyejukkan hati sahaja. Kasih sayang ini akan terbukti apabila dia berani untuk berjumpa ibu bapa anda dan meminang diri anda. Kalau sekadar cakap, semua orang pun boleh cakap.

Buat lelaki sayang itu kena buktikan bahawa ia bukan hanya kata-kata, buat wanita pula, sayang itu bukan anda perlu ikut segala kemahuan dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen