Isteri Tak Dengar Kata Bukan Alasan Untuk Suami Memukulnya, Ini Suami & Bakal Suami Kena Tahu Dalam Hak Memukul Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala isteri yang berada di sisi kita itu dihadirkan sebagai ujian buat diri kita. Boleh jadi sikapnya itu akan menguji hati dan emosi kita. Namun begitu, sebagai suami kita seharusnya memberi didikan dan bimbangan kepada isteri bukannya terus menerus membiarkan dirinya.



Dalam mendidik dan membimbing isteri pula, jangan digunakan kekerasan dengan alasan untuk membimbing dan mendidik sedangkan seorang suami tak berhak untuk memukul isteri sehingga melukakan dan mencederakan dirinya.
Jika isteri anda melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya, ada didikan dan teguran yang betul tanpa melukakan dan mencederakan dirinya. Ketahuilah bahawa isteri itu perlu dilindungi bukan untuk ditindas dan dilukakan hati dan fizikalnya.

Sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin dalam hak memukul isteri yang suami-suami kena ambil tahu.



Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan syarak...antara sebab yang dibenarkan syarak ialah,

1- Isteri Nusyuz
2- Isteri Derhaka

Langkah-langkah yang perlu dipatuhi seorang suami sebelum memukul ialah,

Menegur - menasihati - mendidik - memulaukan tempat tidur

Perlu diingatkan bahawa,

1 - Pukulan sebagai jalan terakhir
2 - Pukulan adalah untuk mendidik dan bukannya melepaskan marah
3 - Pukulan tidak berbentuk penderaan
4 - Pukulan yang ringan bertujuan memberi pengajaran
5 - Pukulan kasih sayang untuk memberi kesedaran
6 - Tidak boleh dipukul dimuka
7 - Tidak boleh dipukul sehingga meninggalkan bekas / tanda
8 - Tidak boleh dipukul sehingga membahayakan isteri atau patah tulang
9 - Tidak boleh dipukul sehingga luka dan mencacatkan
10 - Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menyedarkan dan menginsafkan isteri.

Memukul isteri ini adalah keharusan yang bersyarat, tidak boleh memukul dengan sesuka hati...jika memukul isteri dengan sesuka hati, maka ianya akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana isteri mempunyai hak untuk dilayan dengan cara yang baik oleh si suami...



Pukulan hanya untuk mengatasi masalah nusyuz dan derhaka sahaja...

Jika ditakdirkan tiada lagi jodoh, jangan dipukul atau dicederakan isteri, sebaliknya pulangkan mereka dengan baik sebagaimana kita mengambilnya dahulu...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen