Bukan Orang Lelaki Je Yang Selalu Tak Serius Dalam Hubungan, Yang Perempuan Pun Ada Juga. Ini Tanda-Tanda Wanita Tersebut Serius Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu bila cakap pasal hubungan yang serius sahaja tentu anda merasakan bahawa lelaki ini paling sukar untuk serius dalam hubungan, sedangkan wanita juga sebenarnya ada yang hanya main-main sahaja dalam hubungan yang terjalin. Serius atau tidak seseorang itu bukan berdasarkan jantinanya akan tetapi lebih kepada sifat individu.


Bila cakap pasal tak ready nak kahwin, tak nak serius dalam hubungan malah hanya naik bermain cinta ini, hanya difokuskan kepada kaum lelaki sahaja. Sebab apa? Sebabnya dikatakan mereka ini masih belum matang dan ingin enjoy dahulu, sedangkan ada juga wanita yang tidak serius dalam hubungan yang dijalinkan.

Boleh jadi seorang wanita itu memutuskan hubungan demi orang lain, tiba-tiba rasa tak nak kahwin dan pelbagai lagi yang mungkin di luar jangkaan anda. Maka dengan itu, anda perlu jelas bagaimana seorang wanita yang serius dengan hubungan anda.

Berikut adalah ciri-ciri wanita serius dalam hubungan.



1. Lebih banyak memberi nasihat dalam hubungan.

Oleh kerana dia mahukan yang terbaik untuk hubungan dan pasangan, maka dia akan begitu mudah untuk memberi nasihat serta kata-kata perangsang buat pasangan. Di mana, dia mahu hubungan dan pasangan itu berada dalam satu situasi yang elok bukan sebaliknya. Malah bagaimana sikap pasangan dan keadaan hubungan itu menunjukkan bagaimana hala tuju hubungannya.

2. Selalu tegur bila salah

Bukan sengaja dia nak cari salah pasangan atau apa, akan tetapi dia akan menegur sekiranya pasangannya melakukan kesalahan. Dia tak akan membiarkan pasangannya terus hanyut dalam kesalahan yang tidak sepatutnya. Jadi tujuan di menegur adalah demi kebaikan pasangan itu sendiri.



3. Cemburu berlebihan.

Paling jelas dan paling mudah nak tahu. Wanita ini paling sukar nak sembunyikan rasa cemburu berbanding nak sembunyikan rasa sayang. Maka dengan itu, apabila pasangan anda ini seorang yang kuat cemburu dan mudah cemburu, itu tanda dia takut hilang anda.



4. Kuat marah dan suka cari pasal.

Ini adalah satu perkara yang menjadi kegemaran bagi wanita. Di mana, jika dia rindu atau sayang akan seseorang dia akan suka mencari pasal dan marah-marah, walaupun untuk perkara yang kecil. Mengapa dia lakukan semua itu? Tentu sahaja sebab nak dapatkan perhatian daripada anda sahaja.

5. Banyak membebel.

Cuba tengok mak-mak anda dan juga pasangan anda, tentu mereka ini sama-sama kuat membebel bukan? Tentulah, sebabnya mereka ini akan membebel pada orang yang mereka sayangi sahaja. Mudah nak tahu bukan begitu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen