Sekali Tangan Kau Hinggap Di Muka Wanita, Kau Tak Layak Dipanggil Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki sifatnya sebagai pelindung kepada wanita yang bersifat lemah. Sebagai lelaki yang menyedari sifatnya sebagai pemimpin dan pelindung, dia seharusnya tahu bahawa wanita bukanlah tandingannya. Tidak dapat apa-apa pun jika dia melawan si wanita dek kerana egonya.



Biasanya lelaki yang memukul wanita dipanggil dayus. Ini kerana tindakan itu sama sekali tidak wajar kerana wanita merupakan ciptaan yang lemah dan tidak patut diperlakukan sedemikian rupa. Namun tidak dapat dinafikan ada juga lelaki yang masih menaikkan tangan atau dengan kata lain memukul wanita tanpa belas ihsan. Hal ini bukan sahaja terjadi kepada pasangan suami isteri, namun juga terjadi kepada pasangan yang sedang bercinta dan belum berkahwin.



Jika berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin, meskipun perkara itu tidak patut, tetapi masih dikira logik kerana mereka sudah berkahwin, mungkin bergaduh disebabkan hal-hal tertentu sehingga suami hilang sabar dan melepaskan pukulan atau tamparan kepada si isteri. Walaubagaimanapun, suami perlu ingat bahawa kesan daripada perbuatan anda itu sama ada sengaja atau tidak, ianya akan memberi kesan jangka masa panjang kepada isteri anda.



Selain itu, terfikirkah anda bagaimana jika situasi itu dilihat oleh anak anda? Apakah yang akan dirasainya? Jika dia juga seorang lelaki, tidak mustahil perbuatan itu akan diikut suatu hari nanti. Jika anak anda seorang perempuan, tidak mustahil jika dia berasa trauma setiap kali mahu menghampiri anda, risau diperlakukan sebagaimana ibunya.

Berlainan pula dengan situasi yang berlaku kepada pasangan yang belum berkahwin. Jika sebelum berkahwin pun sudah berani naik tangan, bagaimana apabila sudah berkahwin nanti? Sebagai wanita, mahukah anda teruskan hubungan dengan lelaki yang sabarnya senipis kulit bawang itu? Mahukah anda berkongsi hidup dengan si dia yang panas baran itu? Kepada lelaki pula, apakah hak anda untuk melakukan sedemikian rupa kepada anak orang? Si dia belum menjadi milik anda, walau sudah menjadi milik anda suatu hari nanti pun perkara itu tetap tidak wajar. Jangan pula sebelum buat tak fikir panjang, lepas buat minta maaf.



Walaubagaimanapun untuk pasangan yang sudah berkahwin, jika perkara ini terjadi, mungkin si suami mempunyai sebab mengapa dia terpaksa naikkan tangan kepada isteri. Jika tujuannya untuk menyedarkan, mungkin masih boleh diterima, namun jika tujuannya adalah sebaliknya atau ianya disebabkan panas baran anda itu, perkara ini sangat tidak wajar dan ketahuilah itu bukan penyelesaian yang baik untuk sesuatu permasalahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen