3 Perkara Simple Buat Lelaki Semasa Keluar Dating, Tapi Ramai Yang Malas Nak Buat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari minggu biasanya hari untuk bertemu atau keluar dengan kekasih hati bukan? Lebih-lebih lagi jika jarang berjumpa, hanya jumpa seminggu sekali sahaja, pastinya mahu kelihatan terbaik semasa keluar bersama si dia. Namun, perlu ingat ada beberapa perkara simple tetapi penting semasa anda keluar dating tu.


1. Memakai pakaian yang kemas dan wangi.

Pernah dengar wanita suka akan wangian lelaki? Jika sebelum ini pasangan anda pernah memberitahu bahawa dia suka jika anda memakai wangian tertentu, semburlah wangian tersebut semasa berjumpa dengannya walaupun anda tidak menggunakannya pada hari biasa. Apa salahnya buat benda yang si dia suka, lagupun bukannya selalu jumpa. Pakaian juga penting untuk menujukkan siapa diri anda. Jika anda seorang yang maskulin, pakailah kemeja yang paling anda selesa. Jika anda seorang yang santai, pakailah kemeja kosong berkolar yang kelihatan kemas.



2. Jangan sentiasa memegang telefon bimbit.

Jika semasa dating pun telefon sentiasa di tangan, silap hari bulan boleh spoil mood si dia. Labih-lebih lagi jika ketika masing-masing di rumah, mesejnya lambat dibalas, tetapi apabila berjumpa, telefon sentiasa di tangan, siapa pun pasti curiga. Walaupun bukan melayan orang lain, jangan pula bermain game semasa dating. Seeloknya ketika berjumpa, luangkan masa sebaik mungkin dengannya, dengar cerita tantang hari-hari si dia tanpa anda, dengar masalah si dia di tempat kerja, beri kata-kata semangat, barulah sweet.



3. Buat si dia ketawa

Dating menjadi hambar apabila kedua-dua pihak hanya bercakap mengenai perkara yang serius sahaja. Kadangkala cuba keluar daripada skop hubungan kalian, berceritalah tentang apa-apa yang boleh membuat si dia ketawa dan terhibur. Wanita zaman sekarang lebih suka berdamping dengan lelaki kelakar berbanding lelaki kacak. Pada masa yang sama, jangan hanya bercakap tentang anda sahaja, sesekali beri si dia ruang untuk bercerita mengenai dirinya pula dan anda perlu jadi pendengar yang baik.

Sesungguhnya lelaki yang tahu cara yang betul semasa dating adalah segelintir sahaja. Jangan kerana perasaan awkward membuatkan anda tidak tahu untuk bercakap tentang apa dengannya. Jangan hanya membisu, sia-sia sahaja dating kalau hanya berdiam dan makan. Cuba cari kelainan dan yang laing penting, buatlah perkara simple dan penting seperti di atas dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen