Dalam Jutaan Orang, Kaulah Paling Aku Sayang...

Oleh: Zuzu Yasmine

Indahnya sewaktu bercinta, semuanya manis-manis belaka. Tidur tak lena mandi tak basah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali bercinta. Sukar untuk digambarkan perasaan gembira dan teruja apabila sudah memilik seseorang yang akan mengambil berat tentangnya, seseorang yang sering menemani tatkala sunyi.



Betul ke orang sedang mabuk cinta ni selalu angau? Angau yang sering dikatakan itu bermaksud apabila buat apa-apa pun pasti tersenyum sahaja kerana hati terlalu bahagia. Pada masa yang sama teringat tentang si dia yang sering mengirim mesej dan berborak-borak di kala malam. Kalau angau depan orang tua tu, padahlah nanti pasti ditegurnya.Biasanya ibu-ibu lebih cepat perasan perkara ini, lebih-lebih lagi jika anaknya sebelum ini tak pernah berkelakuan sedemikian. Kini asyik senyum-senyum sambal lihat telefon bimbit, diajak makan juga berlambat-lambat. Biasalah tu orang sedang angau bercinta.



Bagaimana rasanya apabila sudah sekian lama single, tiba-tiba ada seseorang sebagai teman, pasti gembira yang tak terucap bukan? Biasanya wanita yang single terlalu lama ini bukannya kerana memilih, tetapi kerana tidak mahu tersalah pilih. Jika anda terpilih, bermaksud anda adalah orang yang dia percaya dan yakin anda boleh buat dia bahagia. Oleh itu, jangan sia-siakan dia atau kecewakan dia.



Lebih indah apabila seorang lalaki itu berani mengatakan isi hati ikhlasnya kepada ibu bapa pasangannya. Beranikan diri untuk meyampaikan hasrat untuk memperisterikan si dia, pasti anda kelihatan lebih macho dan gentle. Ibu bapanya juga senang apabila sudah kenal anda, sekurang-kurangnya mereka tahu anak mereka keluar dengan siapa, budi pekerti anda juga pasti sudah dinilai sewaktu pertama kali melihat anda.



Jika dia yang paling kau sayang, jadikan dia sebagai suri hidupmu yang halal. Usah biarkan hubungan tanpa ikatan terlalu lama, bimbang banyak dugaan mendatang. Sesungguhnya Allah permudahkan urusan mereka yang ikhalas dan mengerjakan sesuatu kerana Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen