Realiti Perkahwinan Tak Seindah Janji-Janji Yang Ditabur Masa Bercinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang paling mudah dalam hubungan adalah membuat perjanjian. Di mana masa bercinta, begitu mudah berjanji untuk taat setia dan rela susah senang bersama, namun apabila sudah menjadi suami isteri segala janji itu terbang entah ke mana. Masa belum halal, sanggup sahaja kalau seuruh terjun lautan api tapi kalau selepas kahwin mula saling tolak menolak.

Perkahwinan ini tak sama seperti dalam drama romantik ataupun dalam angan-angan anda. Perkahwinan ini satu yang sangat mencabar, kalau anda tak bersedia dengan betul boleh rapuh hubungan tersebut. Bahkan dalam perkahwinan ini tak akan terlepas dari ujian. Ingat masa nak cari jodoh dan bercinta sahaja ada halangan, tentu lepas kahwin lagi banyak ujiannya.



Namun begitu, dari setiap perkara yang berlaku dalam perkahwinan itulah cara untuk anda kenali pasangan anda.



Ada suami isteri itu diuji,

1. Waktu sihat atau sakit.

Bila pasangan sihat dia yang setia di sisi, tapi bila pasangan sakit dia yang mula-mula angkat kaki. Ada sahaja yang begini. Bila mana dia merasakan dia pasangan itu menyusahkan dia mula melupakan janji yang akan menjaganya disaat sihat mahupun sakit. Sedangkan dulu, “kalau awak sakit saya akan jaga awak, itu janji saya”.

2. Kewangan stabil dan tidak.

Ada pasangan bersyukur kerana miliki kesenangan dan kewangan yang cukup, akan tetapi ada pula yang sebaliknya. Yang sebaliknya ini tentu akan mula ragu-ragu untuk tetap setia di sisi pasangan atau sebaliknya. Mana tidaknya, dia lupa janjinya dahulu yang akan “setia saat susah dan senang”. Tapi kini bila sudah berkahwin, tak sanggup pula nak hidup susah bersama.



3. Pendapat yang sama atau berbeza.

Ada orang cakap kalau nak cari pasangan baik cari yang miliki pemikiran dan tujuan yang sama, baru dapat elak perbezaan pendapat kelak. Namun, bila nak jadi perkara ini akan tetapi terjadi juga walaupun miliki pemikiran yang sama atau tidak. Walaupun dulu pernah berjanji akan sentiasa cuba memahami pasangan tapi sebaliknya akan berlaku.

4. Kesetiaan terguhat.

Perkara ini biasanya terjadi apabila pasangan sudah tak macam dulu lagi, malah nampak orang lain lebih elok dari pasangan yang ada. Semua ini akan membuatkan segala janji yang pernah dikatakan dulu dihanyutkan bagai angin lalu sahaja.

Janji itu begitu mudah nak dikatakan, tapi bila terpaksa berdepan dengan janji-janji yang dibuat itu, tak semua orang mampu nak tunaikannya. Jangan mudah sangat menabur janji, kelak akan dituntut nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen