Suami-Suami Bila Sentiasa Rasa Tak Cukup Untuk Anak Isteri, Cuba Semak Balik Apa Yang Telah Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami adalah seorang ketua keluarga yang sentiasa menjadi pelindung buat keluarga mereka. Suami juga seorang yang perlu memberi nafkah, mencukupi makan minum dan pelindungan buat anak-anak serta isteri. Boleh dikatakan bahawa tanggungjawab suami ini agak besar dan berat dalam sebuah keluarga.

Apabila suami ini menjadi kepala keluarga, tentu sahaja dia akan mencari nafkah dengan berkerja. Dengan gajinya itu dia perlu bijak untuk mencukupi selama sebulan disamping memberi keselesaan kepada anak-anak serta isteri. Mungkin kalau isterinya berkerja, boleh lah si isteri bantu serhba sedikit.



Namun, sering kali bukan suami selalu rasa wang gajinya itu tak cukup untuk anak bini, malah kadang kala rasa terbeban dengan anak dan isteri bukan? Sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini perlu suami-suami hadam.

Kita sebagai suami, jika kita selalu rasa...

1. Duit sentiasa tak cukup...
2. Kereta atau motor selalu buat hal...
3. Setiap hari ada ja perkara yang takkena terjadi...
4. Keje berlambak tak pernah habis...
5. Gaji tak naik...
6. Jiwa tak tenang, hati tak tenteram...
7. Baran tak bertempat...
8. Asyik marah anak bini...
9. Apa yang dihajati tak dapat...
10. Selalu tak sihat...

Maka check balik,



1. Hubungan kita dgn Allah s.w.t...kita solat ke tidak, kita jaga solat ke tidak, kita solat ontime ke tidak, kita solat cukup rukun ke tidak...

2. Kewajipan dan tanggungjawab kita terhadap orang di sekeliling kita...ada tak kita "berhutang" nafkah pada isteri dan anak-anak...ada tak kita abai orang tua kita...tanggungjawab kita terhadap mereka tu, kita tunaikan atau tidak...

3. Menzalimi atau menganiayai sesiapa...kita ada pinjam duit siapa-siapa tak bayar ke...kita ada menzalimi atau menganiayai orang lain ke...kita ada tak buat salah kat orang, dan kita tak minta maaf...

4. Maksiat atau benda haram...ada tak kita buat maksiat atau perkara-perkara yang dilarang oleh agama...main judi, nombor ekor, berzina, minum arak...sumber pendapatan kita tu halal atau tidak...apa yang kita bagi isteri dan anak-anak makan tu, sumbernya haram atau tidak...

Apa yang ditimpakan kpada kita tu dipanggil ujian atau musibah yang tujuannya untuk menyedarkan kita...pasti ada sesuatu yang kita dah buat atau kita tak tunaikan lagi sebagai seorang suami, ayah atau anak yang menyebabkan rezeki kita sempit, urusan kita sukar, hati kita tak tenang dan sebagainya..
.
Check dan perbaiki semula point no 1 sehingga 4...InsyaAllah selepas itu hidup kita akan baik-baik sahaja...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen