Perkara-Perkara Yang Melibatkan Rasa Bahagia Ini Biasanya Ambil Masa Sedikit, Cuba Untuk Besabar Okay.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila difikir-fikirkan, semua orang nak rasa bahagia, tak ada seorang pun tak nak rasa bahagia. Sebab itu ramai orang memilih cara yang mana sesuai membuatnya bahagia. Akan tetapi tak semua perkara yang anda inginkan itu akan dapat. Macam nak bahagia dengan pasangan, masih lagi tak jumpa pasangan.



Ada orang dah bercinta bertahun-tahun dan menganggap bahawa bila mereka kahwin nanti, kebahagiaan itu milik mereka, namun sebaliknya pula yang berlaku. Tiba-tiba berlaku perpisahanlah, ada salah faham yang mengakibatkan tak mampu bina kebahagiaan bersama.



Ada orang dianggap mampu bersama dengan suami atau isterinya sehingga hari tua. Namun begitu, sebaliknya pula, jodoh tak panjang untuk mereka lalui bersama-sama. Akhirnya, masing-masing bahagia dengan pasangan yang baru.
Kebahagiaan itu, bila difikirkan memang rasa tak sabar nak laluinya. Memang rasa macam mudah sahaja nak bahagia. Namun begitu, perjalanan nak menujuk kebahagiaan bersama itu bagaikan satu percaturan yang hebat sebenarnya. Kerana apa, kerana anda tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Apa yang anda mampu adalah merancang sahaja.

Sebab itulah, nak bahagia ini perlukan masa. Bukan bahagia itu semudah macam anda fikirkan. Semuanya akan memakan masa yang agak panjang. Berapa lama? Itu semuanya di luar jangkaan anda.



Buat yang bujang, jangan ingat bila dah kahwin itu tandanya anda sudah bahagia. Belum lagi jika anda dan pasangan sama-sama tak pandai mengendalikan hubungan dengan baik. Di mana, kalau kalian itu tak bijak dalam menguruskan tanggungjawab masing-masing.

Belum bertemu jodoh lagi? Jangan bimbang, akan sampai satu masa nanti anda akan bertemu dengan jodoh anda. Bila sampai masa yang tepat, anda juga akan merasakan kebahagiaa untuk bersama pasangan, berbahagia dengan rasa cinta serta menikmati alam perkahwinan bersama.

Nak bahagia ini perlukan masa, bukannya dengan fikirkan anda mampu memilikinya. Jadi kalau belum tiba masa untuk anda rasai kebahagiaan itu, maka bersabar jangan terlalu memaksa diri anda. Nanti anda juga yang akan terluka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen