Aku Rindu Kita Yang Dulu…

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti air laut yang ada pasang surutnya, begitu juga dengan hubungan sesama insan, ada naik turunnya juga. Adakala kita terlalu sayangkan sesuatu hubungan itu walaupun hakikatnya ia telah berlalu pergi dan mustahil untuk kembali seperti dahulu.



Tipulah kalau tak rindu apa yang pernah dilalui bersama selama bertahun-tahun sewaktu bercinta dengan seorang yang paling dicintai. Kadang-kadang bukan kita yang lepaskan hubungan itu, tetapi dia. Dia yang memilih untuk meninggalkan segala kenangan suka duka, termasuk meinggalkan diri kita. Telah kita korbankan segalanya untuk dia, berikan apa yang dia mahu, berikan apa yang dia perlu, tetapi akhirnya dia masih memilih untuk pergi.



Sakit memang sakit. Lagi-lagi apabila melihat si dia sudah punyai pengganti sedang kita masih tercari-cari ruang untuknya kembali di sisi. Mencari yang lain itu sememangnya tidak mungkin sama sekali. Kerana masih menyayangi dan mencintai orang yang sama setiap hari. Tak pernah berhenti menanti dan merindui agar dia tahu aku masih di sini, bertemankan memori yang kau tinggalkan saat kau melangkah pergi.

Ada orang, lepas berpisah masih lagi boleh berkawan atau sebagai kenalan biasa. Ada orang, lepas berpisah terus tak bertegur sapa, malah semua media social juga sudah disekat oleh salah satu pihak. Mungkin untuk mengelakkan pihak lain berharap atau mungkin sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi walau sekadar kawan. Walaupun begitu, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin dia ada alasan tersendiri mengapa melakukan semua itu.



Bagi pihak yang masih belum move on, pastinya masih rindu dan sentiasa rindu hubungan yang lama itu dan berharap akan disatukan kembali. Lain pula dengan pihak yang sudah tidak merasakan apa-apa malahan telah mencari pengganti dan bahagia bersama orang baru. Berdoalah semoga ditemukan dengan orang yang benar-benar tulus mencintai anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen