Kadang Isteri Itu Ujian Buat Suami, Begitu Juga Sebaliknya Akan Tetapi Jangan Mudah Melatah. Ini Cara Berdepan Dengan Suami Atau Isteri Mengikut Ajaran Islam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam ujian rumahtangga tidak akan sama setiap orang. Ada yang diuji dengan kewangan, ada pula yang diuji dengan anak-anak malah ada juga yang diuji dengan sikap pasangan itu sendiri. Bila ujian yang datang berbeza-beza maka tentu cara penyelesaian dan tanganinya juga akan berbeza.

Kadang kala kita kan mengeluh, kecewa dan menangis akan setiap ujian yang mendatang, malah ada juga yang mengambil jalan singkat kerana merasakan bahawa ujian yang datang itu tak tertanggung bebannya, sedangkan itu semunya sementara sahaja.



Menurut Abu Hurairah Asifa, dalam islam, berhadapan dengan suami atau isteri, ada kaedah yang Tuhan dan Rasul ajarkan.

Antaranya;

1. Suami berdepan dengan isteri, jangan putus asa mendidiknya. Tegurlah walaupun dia tak mahu dengar. Ajak buat baik walau dia tak nak buat. Yang penting, apa yang kita buat demi nak membenarkan apa yang Tuhan kata dan maksudkan. Hati isteri milik Tuhan. Tuhanlah yang membolak-balikkannya

2. Isteri bila berdepan dengan suami, Tuhan ajarkan satu sahaja. Doakan kesalahan suami itu kepada Tuhan. Sebab apa? Sebab suami ni ego. Keras kepala. Mendepani dengan banyak mulut akan lebih buruk dan teruk. Biarlah Tuhan yang mendidik suami. Samada mahu dihukum, dihinakan, di ajarkan bagaimana serahlah pada Tuhan. Yang penting, doa dan kasih sayang sebagai isteri akan terus menjadikan suami akan berubah suatu hari nanti

Yang paling penting, Tuhan nak kita percaya.

Yang penting, Tuhan nak kita usaha.

Biarpun sampai hujung nyawa kita, kita kekal percaya dan yakin dengan Allah yang Maha Kuasa dan Maha Besar.



Jangan letakkan harapan itu pada manusia.

Kita akan kecewa.

Usaha sahaja. Tawakal lah kepada Nya. Mintalah padaNya. Berbaik sangkalah kepadaNya.

Itulah ubat kepada jiwa kita, manusia yang banyak dosa.

Ringkas tapi padat, inilah perlu kita telan dalam alam rumahtangga, bukan mudah nak bahagia tetapi inilah realiti berumahtangga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen