Isteri Sanggup Nak Hidup Susah Dengan Suami, Tapi Isteri Takut Dengan Pengakhiran.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang dicintai tentu sahaja menjadi impian setiap wanita. Malah tentu sahaja ia memberi satu pengalaman yang membahagiakan buat diri seorang isteri. Nak bahagia bersama suami tersayang malah membina sebuah keluarga yang bahagia.

Walaupun kadang kala suami itu menyakiti hati isteri serta banyak kerenahnya, akan tetapi dia itulah yang akan menjadi orang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Malah kalau boleh diam ahu harungi segala perit hidup bersama pasangannya itu.



Isteri tak takut untuk tempuhi ujian hidup kalau dia bersama suaminya yang tersayang. Sebab itu, suami-suami kena hargai pengorbanan isteri. Orang kata, kalau orang perempuan ini dah sayang, dia sayang betul-betul.

Sebab itu dia tak takut nak pertaruhkan nyawanya untuk insan yang dia sayangi. Seorang isteri sanggup melahirkan anak demi bukti cintanya pada suaminya. Walaupun ada yang tergadai nyawa tapi itulah bukti cinta isteri pada suami.



Selain itu juga, ramai isteri-isteri tak takut nak hidup susah dengan suami kerana dia tahu bahawa dia akan kekal di sisi suami. Malah dia sanggup untuk sama-sama berdepan kesukaran hidup asalkan suami di sisi. Isteri juga tak akan mengeluh kalau dia betul-betul mahukan anda di sisinya malah tak pernah takut akan ujian yang mendatang.

Tak hanya itu, tiada seorang isteri pun yang akan mengeluh apabila terpaksa menjaga suaminya yang terlantar sakit. Malah dia sanggup menjaganya dengan baik serta mencari rezeki buat anak-anak dan suaminya tanpa sedikit pun keluhan. Nampak tak banyak isteri yang sanggup berkorban untuk ini.



Tak cukup dengan itu, ada juga isteri yang memberi izin untuk suaminya berkahwin lain jika itu kemahuan suaminya. Walaupun berkongsi kasih itu perit, namun demi suami tercinta sanggup dia telan keperitan itu. Bukan mudah nak telan tetapi tak mengapa asalkan suami di sisi.

Namun dalam semua perkara ini, ada satu perkara yang paling isteri takutkan iaitu satu pengakhiran. Di mana, mungkin di situ akan berlaku perpisahan, dia hilang tempat pelindungan dan pelbagai perkara lagi. Isteri-isteri sangat takut akan pengkahiran, tak kiralah pengakhiran yang bagaimana tentu ia akan melukakan hati isteri yang sangat mendalam.

Suami-suami, hargailah pengorbanan isterimu. Jangan sia-siakan mereka ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen