Lelaki Hilang Minat Dengan 5 Jenis Wanita Ini, Harap-Harap Tak Ada Yang Macam Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kalau orang dah suka ini senggup sahaja lakukan pelbagai perkara. Namun bagaimana pula yang belum suka tetapi anda yang lakukan macam-macam untuknya. Kadang kala boleh timbul rasa rimas walaupun niat anda untuk tunjuk kepadanya bahawa anda menyukai dirinya.

Orang lelaki ini dia sukakan seseorang yang susah untuk dimiliki. Jadi apabila susah barulah menjadi satu cabaran buat dirinya, malah bila dia dapat seseorang yang sukar untuk dimiliki dia akan menjaga dengan lebih baik dan menghargai kehadirannya berbanding yang mudah untuk dimiliki.



Sebab itulah selalu disarankan buat kaum wanita jadilah seperti merpati, walaupun jinak tapi sukar untuk dimiliki.

Ada beberapa ciri wanita yang kurang disenangi oleh orang lelaki, jadi buat wanita-wanita di luar sana, kena alert akan perkara ini. Nak-nak lagi depan lelaki yang anda suka.

1. Gedik yang buat-buat.

Lelaki boleh tahu yang anda ini gedik yang semulajadi ataupun buat-buat. Nak-nak lagi bila anda hanya akan berkelakukan sebegitu di depannya. Mungkin bagi anda nak tarik perhatin dia. Akan tetapi bagi dia itu sangat tak selesa untuk dipandang.



2. Mata duitan.

Duit sememangnya penting untuk sekarang ini, namun begitu kalau anda terlalu memandang duit tentu sahaja akan dipandang sinis oleh orang lelaki. Di mana, lelaki sekarang ini lebih memandang wanita yang bijak berdikari serta tahu menguruskan kewangan bukanya mengharapkan duit lelaki sahaja.

3. Terlalu over.

Haaa… Yang ini pun lelaki tak suka okay. Nak-nak lagi yang terjerit-jerit ataupun suka guna suara manja bila bercakap dengan lelaki. Mungkin niat anda nak tarik perhatian mereka tetapi ini bukan satu tingkah laku yang elok buat seorang perempuan. Biar lelaki perasan sendiri akan kehadiran anda dengan cara yang baik.



4. Terlalu mengejar dirinya.

Anda suka pada dirinya, tapi itu bukan bermakna anda perlu mengejarnya hingga mengganggu dirinya. Adalah lebih baik kalau perasaan suka anda itu simpan sahaja buat diri anda sendiri. Tentu itu lebih baik dan menjaga nama baik anda sebagai perempuan.

5. Banyak mengeluh.

Lelaki sukakn wanita yang bersemangat, akan tetapi kalau anda banyak mengeluh akan rutian harian anda tentu ia tidak disenangi olehnya. Adalah lebik baik anda mengawalnya dan nikmati rutian harian anda dengan bersemangat.

Wanita yang sopan, lemah lembut serta tahu budi bahasa sering kali akan dapat perhatian lelaki. Jadilah wanita seperti itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen