"Awak Terlalu Baik Untuk Saya" Alasan Putus Hubungan Yang Tak Logik Tetapi Sebenarnya Reject Secara Baik?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang bersama tentu tidak mempunyai perancangan untuk berpisah. Nak-nak lagi jika hubungan itu dipenuhi dengan kasih sayang disaat awal-awal perhubungan. Tapi lama kelamaan tak mustahil perbagai alasan untuk perpisahan akan timbul.

Kalau perpisahan yang berlaku dulu disebabkan kecurangan dan penipuan, mungkin anda jelas akan punca perpisahan yang sebegitu. Namun bagaimana pula dengan “awak terlalu baik untuk saya”. Kadang kala difikirkan, semua orang mahukan pasangan yang baik, tapi jika terjumpa orang seperti ini tentu bagaikan tak logik bila difikirkan.



Sering kali anda mendengar alasan-alasan sebegini bukan, tak akan tak nak faham maksud sebenar disebalik ayat tersebut. Jom kita fahami apa yang dimaksudkan sebenarnya.

1. “Awak terlalu baik buat saya.”

Dari sini dia ingin menunjukkan bahawa anda tidak sesuai buat dirinya bukan dia yang tak sesuai buat diri anda. Jadi dia menggunakan alasan ini untuk tidak menyakiti hati anda sahaja sebenarnya.

2. “Saya tak yakin akan hubungan kita.”

Setelah berbulan dan bertahun, baru ini rasa tak yakin akan hubungan yang dibina. Jika ini alasan yang ada dapat, itu menunjukkan hatinya sudah mula goyang dengan yang lain. Boleh jadi dirinya telah berjumpa dengan seseorang yang sesuai buat dirinya.



3. “Kita tak cukup sefahaman.”

Maksudnya di sini adalah, kalian selalu bertengkar untuk hal-hal yang kecil, malah kadang kala itu mengganggu dirinya. Jadi dia mahukan satu hubungan yang aman. Sepertinya dia sudah muak dengan sika panda dan merasakan perpisahan adalah perkara yang terbaik.



4. “Awak berhak mendapatkan seseorang yang labih baik.”

Ini bermaksud dirinya hanya menyakiti anda sahaja. Di mana dia tak pernah lihat anda bahagia apabila bersamanya. Dia mahukan hubungan yang bahagia dan menyenangkan bukannya terasa seperti satu beban.

Banyak sahaja alasan-alasan yang diberikan kadang kala tak logik akal, namun begitu jika orang sudah tidak mahu, anda paksa macam mana sekalipun belum tentu dia boleh terima anda. Anggap sahaja segala alasan itu kerana mahu yang terbaik buat diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen