Bila Anda Perlu Sedar Bahawa Lelaki Itu Mencintai Anda? Dengan Hanya Melihat 5 Perkara Ini Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini paling sukar nak katakan sayang dekat seseorang. Kalau masa bercinta dah susah nak kata sayang, masa dah kahwin lagilah payah. Malah kadang kala, wanita-wanita ini ragu bila masa teman lelakinya itu jatuh cinta padanya? Bahkan bila saat melamar untuk berkahwin pun mereka ini masih tak pasti bila rasa sayang itu ada.



Orang lelaki ini memang susah nak kata sayang, tapi itu tak bermakna dirinya tak sayang pada anda. Banyak cara yang orang lelaki lakukan sebab nak tunjuk kasih sayang mereka ini. Bahkan mereka ini akan melakukan ini apabila sayang kepada anda.

1. Membawa berjumpa dengan ibu bapanya.

Saat ini anda boleh tahu bahawa dia itu serius dengan anda. Sebab itu dia bawa anda untuk berjumpa dengan keluarganya dan ingin mendapatkan restu mereka. Kalau mereka dah lakukan ini, jangan bimbang mereka memang sayang anda.



2. Ketika mula menghalalkan anda.

Dengan saat mengajak anda untuk berkahwin dan menjadi isterinya, itu adalah saat paling jelas bahawa dirinya sayang akan anda. Takut jika orang lain ambil anda sebagai pasangan mereka, menyebabkan diam ahu menghalalkan anda segera.

3. Ketika dia berusaha nak senangkan anda.

Walaupun tak miliki kerja yang hebat serta gaji yang lumayan, tetapi mereka ini tetap sahaja berusaha untuk senangkan anda. Apa yang anda mahu akan segera dituruti. Bahkan dia sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya.



4. Ketika dia tahu anda berada di saat susah senangnya.

Paling dipandang lelaki apabila anda sentiasa berada si saat susah senangnya. Walaupun dia tak menyatakan apa-apa akan tetapi dia sayang dengan diri anda. Mungkin dia tak perlu kata bahawa dia sayang akan tetapi dia cukup menghargai anda di sisinya.

5. Ketika dia masih setia di sisi anda.

Bila seseorang itu masih setia, itu bermakna dia tidak mahu kehilangan anda, malah ingin terus bersama dengan anda. Bukankah itu tandanya sayang? Jadi kalau dia setia, untuk apa meragukan hatinya?

Jangan berharap untuk lelaki menyatakan rasa sayang dan cintanya, boleh jadi kata-kata itu hanya dusta. Bukankah elok kalau lihat dan perhatikan perbuatannya yang jelas menunjukkan kasih sayang dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen