8 Cara Rasulullah Dalam Melayani Isteri Yang Perlu Dijadikan Contoh Para Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasulullah saw adalah suami dambaan ramai wanita, kerana rasa hormat dan kasih sayangnya pada isteri-isteri membuatkan beliau menjadi contoh yang teragung. Mana-mana wanita, tentu sahaja mahu suaminya memiliki sedikit ciri-ciri seperti Rasulullah saw, nak-nak lagi dalam melayani isterinya.

Namun begitu, tentu sahaja sukar seorang lelaki nak menjadi seperti Rasulullah, akan tetapi lelaki-lelaki yang bakal menjadi suami ataupun suami-suami boleh ambil Rasulullah sebagai contoh yang paling utama dalam menjaga serta mendidik isteri.



Berikut 8 cara Rasulullah s.a.w dalam melayani isterinya;

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah s.a.w menampalkannya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila tiada makanan yang siap dimasak, sambil tersenyum Rasulullah s.a.w menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya didapur.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berjalan ke masjid, dan segera pula kembali setelah selesai sembahyang.

4. Pernah Rasulullah s.a.w pulang pada waktu pagi dengan perut yang lapar. Tetapi tidak ada makanan untuk sarapan, sekalipun makanan mentah kerana Aisyah belum ke pasar. Maka Rasul bertanya "Belum ada sarapan ya Khumaira?" Aisyah menjawab "Belum ada wahai Rasul." Rasul lantas berkata "Jika begitu aku puasa saja hari ini" tanpa ada rasa kesal sedikit pun di wajah Rasul.

5. Baginda Rasul sangat marah jika melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas dijawab oleh sang suami tersebut "isteriku sangat keras kepala, sudah aku tegur tapi tidak dengar, aku pukullah dia." "Aku tidak bertanya alasanmu" sahut Rasul, "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6. Rasulullah bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang sikapnya paling baik terhadap perempuan-perempuan mereka (sendiri)" (HR Tirmidzi)

7. "Engkau harus memberinya makan jika engkau mendapat makan, memberinya pakaian jika engkau mendapat pakaian, jangan memukul wajahnya dan jangan meninggalkan mereka kecuali ia berada di rumah." (HR Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

8. Suatu hari Aisyah memasak sup untuk Rasul. Saat Rasulullah menghirup sup tersebut ternyata rasanya sangat masin. Rasulullah tersenyum dan berkata kepada Aisyah "Wahai Aisyah ingatkah dulu saat kita baru menikah? saat itu kita saling suap menyuap satu sama lain." Dan Aisyah pun mengangguk tanda bahawa dia masih ingat. Kemudian Baginda Rasul bertanya "Mahukah kau mengulangi peristiwa waktu itu?" lalu Aisyah pun setuju, setelah disuap ternyata Aisyah menyedari bahawa sup buatannya terlalu masin, dan segeralah ia meminta maaf kepada Rasul.

Semoga bermanfaat...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen