Nak Hubungan Yang Sihat, Maka Jauhi Pasangan Yang Sebegini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang kalau cari pasangan tentu sahaja mahukan yang terbaik malah kalau boleh bukanlah orang yang akan melukakan hati kelak. Kalau boleh bila dah setuju nak bertunang dan berkahwin dengannya, dia itu adalah orang yang tepat buat anda. Sebab itu, dalam mencari jodoh ini bukan hanya sekadar suka dan cinta sahaja.



Mungkin masa berkenalan dengan dirinya, anda akan lihat dia begitu sempurna buat anda, memahami serta menerima anda seadanya. Tapi itu disaat bercinta, semuanya akan berubah bila berkahwin nanti. Sebab itu, kalau nak berkahwin dan jalani hubungan yang tidak melukakan hati anda perlu jauhi mereka seperti ini.

1. Mudah kata perkara yang kasar.

Mungkin masa sekarang anda lihat perkara itu okay je, dan normal lah kalau muda-muda cakap kasar. Akan tetapi, kalau ini dah jadi kebiasaan dirinya, tak mustahil selepas kahwin nanti dia juga akan berkata kasar kepada anda. Haaa… dah biasa kan. Masa itu jangan nak makan hati pula.



2. Mata duitan.

Memanglah masa sekarang ini semua perkara perlukan duit. Akan tetapi, anda mampu ke penuhi segala keinginan dirinya. Di mana, kalau gaji anda sendiri pun sekadar cukup makan sahaja jika nak turutkan segala kemahuan dia. Masa bercinta ini mungkin bolehlah anda ikutkan, selepas kahwin nanti anda mampu ke?

3. Tak ada tujuan hidup.

Paling payah dan sukar sebenarnya apabila bersama orang yang tak ada tujuan hidup ini. Mana tidaknya, ketika ini semua ibu bapanya tanggung. Selepas berkahwin dia tak akan ada usaha nak majukan diri mahupun ringankan beban keluarga. Sebab dia tak tahu nak buat apa dengan hidupnya agar lebih baik.



4. Mudah simpati dekat orang lain.

Dengan orang lain bukan main lagi dia punya rasa kesian, dekat pasangan sendiri langsung tak perdulinya nanti. Itulah sebab kalau boleh jangan bersama dengan orang yang mudah simpati ini. Kalau sikit-sikit itu bolehlah, tapi kalau sampai keluarga dia sendiri perlukan bantuan akan tetapi masih nak bantu keluarga lain.

5. Si no satu.

Siapa sahaja yang boleh lawan si no satu ini? Tentulah payah nak kalahkan mereka ini. Segala cakapnya sahaja yang perlu diikut dan disetujui, kata-kata orang lain langsung tak dipedulikan. Mereka ini ego dan merasakan dia sahaja yang paling bagus. Sanggup ke anda nak berdepan dengan orang macam ini.

Nak cari pasangan ini kena betul-betul kenali sikap dan perangai dirinya. Jangan hanya pandang rupa dan wang ringgit sahaja. Sikap yang ada itu sebenarnya membantu anda jalani hubungan lebih bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen