Wanita Mudah Jatuh Cinta, Rupanya Bukan Jatuh Cinta... Akan Tetapi Lebih Sekadar Alasan Untuk Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Antara lelaki dan juga perempuan, yang mana lebih cepat jatuh cinta? Tentu sahaja ramai yang akan menyatakan bahawa wanita lebih cepat jatuh cinta berbanding lelaki. Baru tolong sikit, baru beri perhatian terus sahaja jatuh cinta. Itu belum lagi lelaki bagi harapan dan sebagainya, terus sahaja mereka ini akan cair.

Namun begitu, walaupun rasa cinta itu ada akan tetapi kalau kata bukan jodoh nak buat macam mana bukan. Ini kerana jodoh itu telah ditetapkan, maka ia tak akan bertukar mahupun berganti.



Akan tetapi mengapa orang perempuan ini cepat sangat jatuh cinta? Haa.. ini jawapan cliché yang korang kena tahu.

1. Tak yakin dengan penampilan diri.

Mereka ini tak yakin bahawa mereka itu cantik, maka mereka merasakan bahawa lelaki yang memberi layanan yang baik itu menyukai dirinya walaupun hanya menganggap sebagai rakan sahaja. Jadi bila tak yakin bahawa akan ada seseorang menyukai diri mereka, maka mereka begitu mudah mempercayai dan menyerahkan hati kepada sesiapa sahaja.



2. Cinta pandang pertama.

Ada juga yang hanya cinta berdasarkan pandangan pertama sahaja. Mereka ini tak serius pun tetapi berharaplah juga kalau ada jodoh bersama. Orang kata cinta pandang pertama ini mudah datang dan pergi, jadi buat apa nak takut bukan.

3. Tak nak jadi bujang.

Perkara yang paling wanita takutkan adalah, umur dah meningkat akan tetapi jodoh masih tak nampak bayang. Jadi bila ada orang yang baik dengannya, seolah-olah beri harapan dan ruang mereka ini pun terus sukalah. Tanpa memikirkan bahawa lelaki itu memang begitu dengan semua orang, sebabnya takut kalau dirinya terus menerus membujang.



4. Bohong hati sendiri.

Sebabkan ingin berpasangan mereka ini sanggup bohong hati sendiri. Bukannya jatuh cinta pun dengan lelaki itu, tetapi sekadar inginkan pasangan sahaja. Itu yang mereka sanggup melayan dan kononnya sudah jatuh cinta. Akan tetapi mereka ini sunyi dan mahukan perhatian sahaja.

5. Ingin menjadi orang lain.

Kerana dia itu lelaki yang sempurna tentu sahaja anda ingin menjadi yang sempurna buat dirinya. Maka dengan itu, dirinya mengubah untuk menjadi orang lain semata-mata ingin memilikinya. Sedangkan dirinya tak jatuh cinta pun, tetapi sekadar ingin memiliki seseorang itu sahaja.

Nak jatuh cinta itu tak salah, tapi pastikan anda jatuh cinta dengan orang yang tepat. Jangan jadikan ia sebagai satu alasan dan takut membujang menyebabkan anda menyukainya kerana terpaksa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen