Siapa Kata Wanita Bujang Tak Boleh Bahagia, Ini 4 Cara Bahagia Sebelum Jumpa Seseorang Yang Tepat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kesunyian ini akan dikaitkan dengan bujang dan juga mereka yang belum bertemu jodoh mereka. Sedangkan, sesiapa sahaja boleh rasai bahagia walaupun tiada pasangan di sisi. Ini kerana, kebahagiaan itu pilihan bukannya perkara yang telah ditetapkan.

Nak bahagia ataupun tidak itu bergantung pada diri anda dan bagaimana anda berfikir mengenai dirinya. Boleh jadi mereka-mereka yang sudah mempunyai pasangan ingin menikmati hidup seperti anda dan cemburu kerana anda bebas melakukan apa sahaja.



Akan tetapi anda pula, tak menikmati saat-saat ini dengan baik dan mengharapkan seseorang akan bahagiakan diri anda pula. Sebenarnya mudah sahaja buat seorang wanita bujang untuk bahagia. Hanya dengan lakukan 4 cara ini, tentu anda kenal apa itu bahagia walaupun bersendirian.

1. Hargai diri sendiri.

Dah nama pun tak ada pasangan, siapa lagi akan menghargai diri anda sendiri kalau bukan anda. Maka dengan itu, nikmati waktu dan masa anda ini untuk hargai diri anda. Selepas ini, belum tentu anda mampu bahagia seperti ini walaupun sudah miliki pasangan.

Gunakan masa yang ada ini untuk diri anda sendiri, jangan sesekali merasakan bahawa ada ini sunyi dan perlukan teman. Cari tahu apa yang boleh buatkan anda rasa bahagia.



2. Fokus dengan apa yang dimiliki.

Jangan terlalu pandang apa yang orang miliki atau apa yang masih belum menjadi milik anda lagi. Lebih baik fokus kepada apa yang sudah anda miliki kerana itu lebih penting. Ini kerana, kalau anda lupakan apa yang anda miliki anda mungkin akan kehilangannya. Maka dengan itu, cukup bersyukur apa yang ada. Tak payah nak ada rasa cemburu, sepi atau apa-apa pun akan perkara yang anda tak miliki.

3. Jadi wanita berdikari.

Anda merasakan bahawa pasangan itu penting dalam hidup kerana ia akan membantu segala untuk selesakan hidup anda. Jangan fikir sebegitu, itu hanya akan membuatkan anda meletakkan satu pengharapan. Bagaimana nanti kalau pasangan anda sebaliknya?

Adalah lebih baik kalau anda berdikari untuk hidup anda sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Nanti selepas kahwin, barulah anda boleh bermanja dengan pasangan anda pula.



4. Cari cinta.

Jangan terus berharap bahawa jodoh akan datang mencari anda, tetapi sebaiknya anda cuba mencari jodoh buat diri anda sendiri. Ini kerana, usaha mencari jodoh itu sebenarnya akan mengajar anda untuk mencari seseorang yang sesuai dan tepat buat diri anda. Bukannya hanya meletakkan pengharapan untuk bahagia sahaja tetapi berharap untuk membahagiakan juga.

Jangan pernah rasa bahawa menjadi wanita single itu tak bahagia, sedangkan kebahagiaan itu semuanya bergantung pada anda sendiri. Nikmati dan hargai setiap peluang yang datang dalam hidup. Boleh jadi ia hanya datang sekali sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen