Wanita Seperti Ini Mudah Buat Lelaki Jatuh Cinta Tanpa Sengaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masing-masing mempunyai cita rasa sendiri, malah ada juga yang mempunyai pilihan yang tersendiri. Semua tu bergantung pada setiap individu, sama ada nak pilih yang mana. Namun, rata-rata lelaki tentu sahaja akan mudah terpesona dengan seseorang wanita yang begitu bersederhana dalam penampilan dirinya.



Adakah cukup sekadar berkain batik dan berbaju t-shirt? Atau bagaimana pada pandangan mata lelaki yang merasakan ia ringkas dan tak begitu sarat pada pandangan matanya.

Tentu sahaja, wanita-wanita mempunyai ciri-ciri seperti ini begitu mudah mendapat perhatian dan tempat di mata lelaki. Sebabnya, lelaki selalu mahukan yang terbaik buat ibu kepada anak-anak mereka bukan?

5 gaya wanita yang mempesonakan lelaki.

1. Pakaian longgar dan labuh.

Orang lelaki kata kalau wanita yang memakai pakaian sebegini kelihatan seperti bidadari malah anda yang menyatakan ia seperti puteri. Haa… tentu sahaja lelaki suka wanita memakai sebegini berbanding yang ketat serta tidak enak dipandangan mata.



2. Bersolek yang sederhana.

Tak terlalu over tetapi cukup membuat wajahnya berseri dan cantik itu sudah cukup buat lelaki. Tapi itu bukan bermakna wanita tak perlu make up, perlu tetapi bersederhanalah. Jangan terlalu berlebihan, itu hanya membuat lelaki tidak berminat terhadap anda sahaja.

3. Gaya tudung yang ringkas tapi kemas.

Sebab itu sering kali dikatakan bahawa lelaki menyukai wanita yang bertudung bawal. Ini kerana, ia kelihatan ringkas, kemas serta menutup aurat. Namun begitu, kalau anda mampu bergaya dengan shawl dengan ringkas dan kemas juga turut disenangi oleh orang lelaki.



4. Gaya old school jadi pilihan.

Gaya ‘old school’ kadang kala memberi impak tarikan yang kuat kepada lelaki kerana keunikannya lain dari yang lain dengan keadaan zaman sekarang. Wanita terampil lebih anggun dengan gaya berbaju kurung biasa atau corak bunga-bunga kecil. Nampak sangat ayu dan cantik jika digayakan dengan tudung bawal.

5. Berstoking.

Sejuk sahaja mata memandang apabila menutup aurat sebegini. Mana tidaknya, wanita-wanita yang mengenakan stoking ini tahu bahawa aurat itu satu perkara yang perlu dijaga.

Nampak macam tak up to date, akan tetapi wanita-wanita seperti ini lebih mudah mendapat perhatian di mata lelaki berbanding wanita-wanita yang terlalu mengejar fesyen serta tak menutup aurat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen