Cinta Bertepuk Sebelah Tangan, Jangan Nak Kenang-Kenang Lagi. Ini Cara Untuk Anda Move On Dengan Segera.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja yang boleh halang akan perasaan jatuh cinta ini? Tentu sahaja ia bukan satu perasaan yang mampu dikawal malah bukannya satu perasaan yang boleh diterima dengan mudah oleh sesiapa pun. Nak-nak lagi kalau perasaan anda itu hanya anda sahaja yang merasainya dan tidak dibalas oleh mereka yang anda harapkan.



Cinta yang bertepuk sebelah tangan ini bukan satu perkara yang mudah, rasanya sakit apabila perasaan itu tidak dihargai malah dicampak begitu sahaja pada mereka yang tak sudi. Namun begitu, sampai bila anda ingin kekalkan perasaan yang melukakan hati ini?

Setiap orang berhak untuk bahagia, begitu juga dengan diri anda. Boleh jadi, apabila perasaan cinta itu tidak dibalas maka dia bukanlah jodoh yang tepat buat anda.

Jadi, bagaimana anda nak move on dari cinta tak berbalas ini? Begini caranya;

1. Menangis, walaupun cara yang bodoh tapi ia berkesan.

Jangan malu untuk menangis, malah cuba untuk menangis sepuasnya selepas perasaan anda itu ditolak. Mungkin anda akan kelihatan sangat kasihan pada ketika itu, namun selepas itu anda akan berasa lega dan mungkin tidak akan rasa terbeban di hati. Jadi nangislah semahu anda apabila cinta itu ditolak oleh si dia.



2. Lepaskan dari hati.

Apabila orang dah tak sudi, buat apa nak simpan dalam hati lagi? Lebih baik kalau anda membuang namanya dari hati anda, secara langsung mengorak langkah yang pertama selepas direject oleh si dia. Jangan nak simpan atau letak harapan dalam hati lagi, mulakan langkah yang baru.

3. Cari target baru.

Orang dah tak nak, nak buat apa lagi dikenang. Adalah lebih baik kalau anda cari target baru untuk memberi perasaan anda itu. Mana tahu yang itu nanti sudi membalas cinta anda. Ingat, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.



4. Sayang diri sendiri dulu.

Sebelum nak sayang orang lain itu, adalah lebih baik kalau ada sayang diri anda dahulu. Sebabnya kalau anda tak sayang akan diri anda, macam mana anda nak sayangkan orang lain. Bahkan, diri anda sendiri yang akan rasai setiap bahagia dan derita itu. Jadi sayangi diri anda dahulu.

5. Sayang orang yang terdekat dengan anda.

Kadang kala kita ini terlalu sibuk nak kejar apa yang bukan milik kita, sedangkan kita lupa nak hargai orang yang ada di sekeliling kita. Apa kata jika anda hargai ibu bapa anda, rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain. Tentu anda akan rasa bahagia dan bersyukur memiliki mereka ini.

Jangan terlalu lama bersedih dalam cinta yang tak berbalas ini. Anda bukannya ada perkara yang perlu disesalkan. Lebih baik move on cari seseorang yang baru dan sayangi diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen