Bukan Nak Kata Pandang Luaran, Tapi Penampilan Ini Penting Untuk Tarik Perhatian Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang menyatakan bahawa penampilan itu bukan satu ukuran untuk mencintai seseorang dengan setulus hati. Akan tetapi hakikatnya, seseorang akan merasakan lebih perhatian, kasih sayang serta cinta apabila pasangannya memiliki penampilan yang menarik.

Percaya atau tidak bahawa penampilan seseorang boleh membuat orang lain meminati anda. Ia juga akan membuatkan pasangan suka memandang dan beri perhatian kepada anda. Walaupun penampilan fizikal dikatakan tak penting, namun sebenarnya ia mempunyai pengaruh yang besar dalam hubungan anda.



Cuba anda bayangkan jika anda bersama pasangan yang kotor, selekeh serta tidak sedap mata memandang tentu sahaja anda akan berasa tidak selesa untuk bersamanya. Malah apa juga yang dipakai oleh si dia akan kelihatan buruk di mata anda.

Secara semulajadinya, seseorang mula tertarik antara satu sama lain adalah kerana penampilan dan paras rupanya. Itu perkara pertama yang akan dilihat oleh seseorang walaupun dalam setiap kali petemuan.

Seseorang akan lebih meminati anda apabila anda memiliki rupa paras yang “ada rupa”, akan tetapi jika anda memiliki paras yang sederhana , anda juga boleh menarik perhatian orang lain. Macam mana?



Dengan menjaga penampilan anda seperti kelihatan kemas, sopan, menarik dan pelbagai lagi. Jika anda kelihatan bergaya, elegant ia akan membuatkan dirinya lebih berminat untuk mengenali anda dengan lebih dalam lagi.

Sebab itu dalam perkahwinan, jika pasangan tidak menjaga penampilan dengan baik mungkin ia akan menjadi salah satu punca hubungan menjadi renggang dan tidak bahagia. Mungkin ada yang anggap itu bukan satu perkara yang penting, tetapi sedikit sebanyak anda perlu menjaganya terutama di depan pasangan anda.



Penampilan anda yang menarik tentu sahaja akan membuatkan pasangan berbangga untuk memiliki anda. Malah dia juga akan senang dan tenang melihat diri anda. Malah ia juga akan meningkatkan rasa kepercayaan dan keyakinan dalam diri pasangan anda.

Jangan kata penampilan itu tak penting, sedangkan ia adalah salah satu penyumbang kepada kebahagiaan anda dan juga pasangan. Baik ketika bercinta ataupun sudah berkahwin, sentiasa jaga penampilan diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen