Kejutan Ini Penting Dalam Hubungan, Ibarat Mencurah Baja Pada Pokok.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan memang tak akan pernah fail dalam memberi kejutan buat pasangan mereka. Macam-macam kejutan yang diberikan semata-mata nak buat pasangan tersenyum bahagia. Tapi berlainan dengan orang lelaki, nak-nak lagi selepas kahwin. Memang jarang sekali ada yang pandai buat kejutan ini.



Berikan kejutan pada pasangan itu sebenarnya banyak manfaat dalam hubungan. Selalunya kejutan pada hari istimewa itu sangat mudah untuk dihidu, tetapi sebaliknya apabila ia berlaku pada hari-hari biasa dia lebih bermakna.

Terdapat banyak faedah yang boleh anda dapati jika selalu lakukan kejutan dalam hubungan kalian. Nak tahu apa lebihnya, jom baca ini.

1. Saling memberi perhatian antara satu sama lain.

Kejutan yang romantik akan mudah untuk diingat. Apabila anda berasa dalam keadaan yang kurang seronok dengan pasangan, kejutan mampu menjernihkan kembali hubungan. Pasangan juga akan semakin perhatian terhadap diri anda.



2. Hubungan jadi tak bosan.

Sudah tentu agak berisiko sekiranya hubungan itu hanya mendatar sahaja tanpa ada kejutan atau salah faham. Tapi kalau sentiasa bertengkar dan ada salah faham sahaja pun tak seronok juga. Jadi kejutan ini akan buat hubungan lebih manis dan lebih menyeronokkan kalian.

3. Lebih bahagia.

Mana-mana pasangan yang menerima kejutan ini tentu sahaja akan lebih bahagia berbanding pasangan lain. Mana tidaknya, dia menghargai usaha pasangan malah kalian juga mampu melihat pasangan tersenyum bahagia dan gembira. Secara tidak langsung, anda pun turut terasa bahagianya.



4. Mencegah masalah menjadi semakin serius.

Jika terdapat masalah dalam hubungan jika sekadar dibiarkan tanpa dirawat itu akan melarat dan merebak. Jika tak mampu merawatnya maka cuba untuk lindungi dari terus merebak. Begitu juga dengan hubungan, kejutan ini ibarat anda merawat serta menghalang luka daripada terus merebak. Kerana ia dapat mencegah masalah menjadi semakin serius.

5. Paling utama, tingkatkan kemesraan.

Siapa sangka selama ini hubungan yang suram dan berjauhan ini mampu kembali riang dengan hanya sekadar kejutan dari pasangan. Ya, kejutan walaupun untuk perkara yang simple tapi ia mampu kembalikan kemesraan dalam hubungan anda. Malah jika ia dilakukan secara kerap dan diamalkan, anda dan pasangan akan semakin dekat dan takut untuk berjauhan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen