Bila Dapat Suami Malas Kerja, Nak Tinggalkan Atau Terus Bertahan Itu Pilihan. Tapi Hadam Dulu Nasihat Wanita Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta anda nampak dia adalah pasangan yang sesuai buat diri anda, malah jodoh yang terbaik yang anda rasakan. Tetapi itu masa bercinta, orang boleh berubah selepas dah kahwin. Bila dah kahwin kalau ada masalah sikit-sikit itu biasalah. Bukannya boleh elak terus salah faham dan pertengkaran.

Akan tetapi kalau masalahnya adalah suami malas berkerja dan tak mahu berkerja ini adalah masalah besar. Mana tidaknya, suamikan ketua keluarga. Tak akan semua perkara isteri buat dan suami goyang kaki je dekat rumah.



Kalau-kalau lah anda berjumpa pasangan yang begini nanti, sama-sama ingat sedikit pesanan Puan Marliya Ramli ini. Pilihan ditangan anda.

Jika suami biawak hidup?

1 – Macam mana nak uruskan kewangan, anak-anak dan rumahtangga kalau suami ada depan mata tapi seolah-olah tak ada? Suami pemalas dan tak nak menyumbang pada keluarga. Suami spesis biawak hidup?

Seriously...

2 – Akak tabik spring dengan wanita begini. Sebab akak berpendapat kalau ada suami tapi tak ada fungsi, lebih baik membujang. Lebih mudah dan hati senang. Terus terang, secara peribadi akak akan tinggalkan arjuna spesis biawak hidup dengan serta merta. Tak berbaloi mahu dihabiskan nyawa untuk manusia malas bekerja.

T.E.T.A.P.I…

3 – Jika anda memilih untuk bertahan, ianya bukan paksaan. Terpulang… Cuma, perlu lebih cerdik sedikit.. Tak perlu pun semua kerja rumah kita nak hadap. Contohnya, kalau cuci pakaian, asingkan biar suami buat sendiri. Lagi satu.. Tak perlu pun terlalu jujur bagitau suami jumlah pendapatan. Ya.. akak tau akan ada yang kecam statement ni. Silakan saja, akak dah biasa.



4 – Tanyalah ustaz. Gaji isteri, suami tak perlu tahu sebenarnya. Duit isteri adalah duit isteri. Pegi ke pejabat HR isi borang minta buat potongan tetap ke Tabung Haji atau ASB. Kalau tak mampu hingga 15% -30% daripada gaji, paksakan diri menabung RM50 sebulan. Jadilah… Setahun RM600. 10 tahun dapat RM6,000 tak termasuk dividen lagi.

5 – Kemudian, perlu usaha lebih sikit. Cari pendapatan tambahan. Alang-alang memasak untuk keluarga, tapau lebih jual di pejabat. Sasarkan pendapatan tambahan minimum RM3.50 sehari. Automatik sebulan dapat RM100 buat menabung emas di akaun GAP. Jadilah… Sebagai tambahan kepelbagaian simpanan.

6 – Bila musim bonus atau kenaikan gaji, jangan beria nak bagitau sesiapa walaupun keluarga sendiri. Diam-diam sudah. Kumpul dan anggap tak ada. Buang minda untuk self reward buat sementara. Bonus tahunan swasta, adalah biasa berkadar lima angka boleh beli flat lelong sebuah cash. Diam! Jangan bagitau sesiapa.

7 – Baju raya bukanlah wajib. So, tak perlu setiap tahun bertukar baru. Balik kampung pun tak wajib. Tak perlulah balik selalu jika tak mampu. Jelaskan pada ibu bapa agar mereka lebih faham.

8 – No choice. JIKA SUAMI BIAWAK HIDUP, makan free kerja malas kita cuma ada dua pilihan :

• Tinggalkan dia
• Terus bertahan

9 – Jika nak tinggalkan, diam-diam buat persediaan. Dah ready segala, ucapkan selamat tinggal. Tak perlu cakap banyak pun. Isteri yang tak terima nafkah berhak memfailkan penceraian. Dah tahu suami taguna, kenapa masih nak hadap muka yang sama? #apeni

10 – Jika nak terus bertahan, jaga aib keluarga. Tak perlu dicanang di media social. Seburuk-buruk suami, dia adalah bapa kepada anak-anak kita. Jaga aib dia. Bila kita mencanang keburukan dia, kita menayang kekhilafan kita.

11 – Carilah insan yang boleh dipercayai dan disegani untuk menasihati suami. Teruskan berdoa. Yakinlah… Manusia hanya mampu berusaha. Selebihnya bukan kita yang maha kuasa.

12 – Jodoh, ajal maut dan ketentuan di tangan Yang Esa. Banyakkan berusaha dan berdoa. Sebagai isteri, akak kurang setuju bila ada masalah rumahtangga, kita canang aib suami di media social. Allah tak suka dan kita sedang menjatuhkan sendiri punya airmuka!

Salam sayang dari Bawangrian yang membawang kerana sayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen