Jangan Terkejut, Memakai Baju Sedondon Pun Boleh Buat Hubungan Kekal Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau orang perempuan memang suka dengan pakaian sedondon ini, nampak sweet je walaupun hubungan masa itu tengah dingin. Tapi orang lelaki ini kurang suka, katanya malu nak pakai baju yang sama warna ini.

Sebenarnya, kalau suami isteri pakai baju yang sama warna dan sedondon ini nampak romantik dan sehati sejiwa je. Tak kiralah nak pergi mana pun, tetap pakai baju sedondon. Bukan tunggu hari raya je.



Biasanya isteri yang lebih teruja nak matching-matching kan baju ini, suami macam biasalah tak ambil peduli sangat. Ramai yang takt ahu, sebenarnya memakai baju sedondon ini adalah tips rumahtangga kekal bahagia.

Perkara ini telah dibuktikan oleh sepasang warga emas dari California, Amerika Syarikat (AS) yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-68 bulan depan, berkongsi tips rahsia mereka untuk kekal bahagia.



Francis dan Rosemary Klontz masing-masing berusia 87 tahun berpasangan sejak zaman sekolah menengah.

Menurut pasangan berkenaan, antara rahsia perkahwinan bahagia mereka ialah berpakaian sedondon sejak sebelum mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun.

"Ibu saya membelikan kami baju sedondon ketika zaman sekolah tinggi, saya yang memilih pakaian tersebut dan sejak itu kami berpakaian sama," kata Rosemary.

Suami Rosemary, Francis pula berkata, dia tidak kisah isterinya menyediakan pakaiannya setiap hari.

"Dia menyediakan pakaian saya dan saya tidak perlu bimbang tentang apa-apa," kata Francis.

Pasangan terbabit yang juga bekas pastor gereja berkata, agama turut memainkan peranan penting dalam perkahwinan mereka.

Siapa sangka bukan, dengan perkara seremeh ini dia mampu kekalkan hubungan yang terbina. Lepas ini rajin-rajinlah pakai baju sedondon dengan pasangan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen