Jaga Ibu Bapa Bukan Tanggungjawab Anak Lelaki Sahaja, Suami Jangan Halang Isteri Jaga Ibu Bapanya,

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anak-anak sudah berkahwin, tentu akan menjadi satu dilemma anak yang mana akan menjaga ibu bapanya. Ini kerana, ramai menganggap bahawa menjaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab anak lelaki tetapi sebenarnya sama ada anak lelaki atau perempuan sama sahaja.

Tak akan terputus pertalian darah itu apabila anaknya sudah berkahwin, maka dengan itu ibu bapa tetap menjadi tanggungjawab anak-anak mereka. Jangan tolak sana sini dalam bab menjaga ibu bapa ini kerana banyak kebaikan yang akan anda perolehi.



Sebagai suami atau isteri kepada anak-anak yang perlu menjaga ibu bapa ini, jangan halang untuk pasangan anda menjaga ibu bapa mereka. Malah anda juga turut perlu membantu dan menjaga ibu bapa mertua anda.

Jangan takut sekiranya tanggungan akan bertambah serta kerja akan makin terbeban, ketahuilah dalam ehsan yang anda berikan itu akan ada mata-mata yang melihat dan memerhati perbuatan anda. Malah, siapa sangka anda akan dibalas perkara yang sama.

Jangan terlalu berkira dalam apa yang anda lakukan, tetapi bersyukurlah bahawa anda masih berpeluang menjaga ibu bapa anda jika hendak dibandingkan dengan mereka yang tiada kesempatan akan semua perkara itu. Setiap perkara yang anda lakukan itu tentu mendapat satu hikmah yang besar.



Banyak perkara tanpa sedar yang akan perolehi;

Siapa sangka bahawa sepanjang anda menjaga ibu bapa anda itu, doanya tanpa hijab khas buat anda setiap hari. Doa yang menjadi rebutan mana-mana anak, malah doa ini juga yang menjadi pendorong siapa anda pada hari ini. Nak-nak lagi doa ibu, jika terputusnya doa ibu ini, anda juga mungkin boleh hilang tujuan.

Jika anda memiliki anak-anak, dari sinilah anda memberi contoh yang baik serta bimbangan yang baik buat mereka. Jika hari ini anda menjaga ibu bapa mertua ataupun ibu bapa anda sendiri iaitu nenak dan datuk mereka, tak mustahil apabila anda tua nanti mereka juga akan menjaga anda dengan baik. Ingat mereka inilah mata-mata yang akan memerhatikan setiap gerak geri anda.

Apa yang paling akan anda rasai nanti adalah anda tak akan ada rasa kekesalan jika menghantarnya pergi berjumpa Pencipta. Mana tidaknya, anda puas berbakti sebagai seorang sehingga akhirnya. Anda dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Itulah yang tidak semua anak-anak mampu lakukan. Anda rasa puas mampu menjadi anak yang berbakti buat orang tua.

Perkara ini kadang kala nampak macam enteng dan mudah sahaja, tetapi sebenarnya banyak yang kita tak nampak dan bersembunyi disebalik perbuatan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen