Bukan Isteri Je Yang Nak Me-Time, Suami Pun Sekali Sekala Nak Juga. Bukan Pergi Mana, Cukup Sekadar Dapat Lepak Dengan Kawan-Kawan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita lihat isteri-isteri sahaja sibuk dengan me-time mereka. Malah ramai isteri-isteri akan memperjuangkan me-time mereka kerana merasakan mereka perlukan masa untuk diri sendiri.

Me-time itu sememangnya baik untuk seseorang yang berdepan dengan stress serta tekanan yang banyak. Isteri-isteri walaupun mereka ini mengguruskan rumah sahaja, tetapi mereka juga terbuka dengan stress, begitu juga dengan isteri yang berkerja.



Jadi bagaimana pula dengan suami? Suami juga memerlukan me-time buat diri mereka. Mana tidaknya mereka ini juga stress dengan kerja dan kadang kala dengan isteri dan anak-anak. Ini kerana, ramai isteri ingat suami ini tidak penat sedangkan ada masa emosi dan perasaan mereka ini juga turut rapuh juga.

Nak-nak lagi kalau dapat isteri yang kuat membebel ini, tentu sahaja akan pusing kepala mendengar setiap bebelan isteri. Kadang itu baru nak rehat, isteri dah kata tak nak tolong dirinya sedangkan suami kadang sangat letih.

Sebagai isteri kadang kala berilah masa untuk suami me-time. Cukup sekadar satu atau dua jam sahaja, tak perlu sampai berhari-hari pun.

Apa isteri boleh buat?



1. Beri suami rehat sejam dua sebelum minta tolong.

Bila dia pulang kerja, biarkan dia untuk rehat dahulu dan dapatkan tenaganya kembali. Biarkan segala masalah dan kebimbangan mengenai kerjanya hilang sebentar. Boleh beri dia tidur atau apa-apa pun, selepas itu baru minta pertolongan dia untuk jaga anak dan sebagainya. Tapi itu kalai isteri seorang surirumah.

2. Beri satu hari untuk dia jumpa rakan-rakan dan lepak.

Beri dia masa untuk dia bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti yang dia suka. Sedikit sebanyak perkara ini dapat tenangkan hati dan fikiran para suami. Bagi satu tempoh masa yang anda tak akan call, atau ganggu dirinya.



3. Bagi dia tidur.

Kadang kala suami tak minta banyak pun, tapi dia lebih mahu menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Jadi isteri bagi suami tidur semahu dirinya. Jangan kacau dan biarkan dia terus berehat.

4. Minta dia bawa anda sekeluarga jalan ke taman.

Jika anda takut untuk membiarkan dirinya pergi seorang diri ke mana-mana sahaja, maka anda dan juga anak-anak turut pergi bersamanya. Sebagai contoh pergi ke taman. Sambil anak-anak bermain, anda dan suami mempunyai masa untu diri sendiri.



5. Biarkan dia bermain game.

Kadang kala untuk melepaskan tekanan orang lelaki suka untuk bermain game. Maka beri dia masa untuk kepuasan dirinya sendiri. Tapi jangan selalu taku ketagihan pula nanti.

Jangan hanya minta suami untuk memahami isteri sahaja, tetapi sebagai isteri kena fahami juga suami sendiri. Barulah hubungan itu saling memahami dan bertolak ansur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen