Ingatkan Berat Badan Naik Punca Bahagia, Rupa-Rupanya Sebab Ini...

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita anggap pengambilan makanan yang tidak terkawal akan menyebabkan berat badan naik dengan mendadak. Namun, sejak dua menjak ini berat badan anda begitu kelihatan naik dengan mendadak sedangkan anda masih menjaga pemakanan anda.

Jika berat badan anda naik selepas pulang dari bercuti atau kampung itu memang satu perkara yang wajar tetapi ini hari-hari biasa boleh naik sampai 5KG, itu satu perkara yang aneh bukan.



Nak-nak lagi sejak-sejak akhir ini anda sibuk melakukan persiapan perkahwinan, pertunangan ataupun apa-apa sahaja yang mungkin membuat anda tidak menjaga makan dengan betul tapi berat badan masih naik dengan mendadak.

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa berat badan anda naik dengan mendadak;

1. Stress dan kepenatan.

Rasa stress dan susah tidur mungkin akan mempernagrugi metabolism anda kerana aka nada perubahan hormone, terutama yang mempengaruhi rasa lapar dan kenyang.

Kajian yang dilakukan di Sweden terdapat 3,800 wanita selama 20 tahun menyatakan bahawa dirinya stress di tempat kerja menyebabkan berat badannya semakin naik.

Ramai yang takt ahu stress juga mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur dengan nyenyak. Sebab itu, apabila anda kirang tidur ia akan mengganggu metabolism dan juga rasa lapar.



2. Ambil makanan lebih banyak dari biasa.

Selalunya anda akan menganggap bahawa anda banyak melengahkan waktu makan akan tetapi anda akan ambil makanan dalam kadar yang banyak berbanding waktu biasa apabila terlalu lapar. Jika anda selalu makan mengikut masa yang ditetapakan, kemungkinan anda akan ambil jumlah makanan yang sama sahaja.

3. Waktu makan yang tak sesuai.

Sering kali diingatkan walaupun anda tidak mengambil satu jumlah yang banyak akan makanan anda itu, tetapi jika anda makan pada waktu yang tidak sesuai juga akan menjadi penyumbang kepada kenaikan berat badan anda. Tahukah anda waktu yang tidak sesuai makan adalah 2 jam sebelum tidur.



4. Faktor usia.

Siapa sangka rupanya faktor usia ini merupakan perkara yang tak pernah siapa perasaan mengapa mereka semakin berat setiap hari. Apabila anda semakin tua, ia akan menjadikan anda tidak aktif, mudah letih serta tubuh akan mula kehilangan jisim otot.

5. Makanan yang sihat tetapi kalori tinggi.

Ada yang beranggapan ambil makanan yang sihat tetapi kalori tinggi tidak mengapa, bahkan ada juga yang menganggap makanan dengan kadar sedikit tapi berkalori tinggi juga tak mengapa, tetapi sebenarnya kedua-duanya tidak elok untk tubuh badan jika diambil hari-hari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen