Bila Dah Ketagihan Dating Online, Jangan Sampai Lupa Niat Nak Cari Jodoh. Ini Tanda Anda Sedang Angau Dengan Cinta Online.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam usaha mencari jodoh ini tentu sahaja anda akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa anda berjumpa dengan seseorang yang tepat. Dalam keadaan yang serba moden ini, tentu sahaja laman mencari jodoh adalah salah satu cara yang mudah serta menjimatkan masa untuk mencari pasangan hidup.

Bahkan perkara ini juga sebenarnya mampu membuatkan seseorang ketagihan menggunakan khidmat ini. Pernah tak anda terfikiran bahawa anda juga salah seorang dari mereka yang ketagihan ini?



Ketagihan ini semakin jelas apabila ia adalah perbuatan pertama yang akan anda lakukan selepas bangun tidur. Mungkin rasa keterujaan berjumpa seseorang mengakibatkan anda seperti ini.

Nak tahu anda ini berdepan dengan ketagihan atau tidak? Jom baca ini.

1. Tersenyum saat membaca pesanan.

Jika anda tersenyum saat menerima notification, maka anda dalam tahap yang sememangnya angau dengan seseorang di laman tersebut. Perasaan tersebut membuatkan anda mampu tersenyum tanpa sengaja malah membuatkan anda begitu teruja untuk membuka setiap pesanan itu.



2. Ternanti-nanti.

Mungkin kadang kala notification tidak masuk hingga membuatkan anda ternanti-nanti si dia. Di mana anda akan seperti memaksa dirinya untuk membalas pesanan anda. Jika anda tetap terus menerus melakukan ini, nanti calon pilihan anda itu akan rimas dan tidak selesa.

3. Konon merajuk dengan ugut tutup account.

Apabila pesanan tidak dibalas, malah anda seperti rasa penat menunggu maka anda pula seakan merajuk dengan diri sendiri. Di mana anda mula, mengugut untuk menutup account itu. Tapi itu hanya sementara, selepas itu anda ingin membukanya kembali.



4. Tidak tahu apa yang dicari.

Banyak orang terlibat dengan laman mencari jodoh ini kerana ingin mencari jodoh buat diri mereka. Tetapi berlainan dengan diri anda, jika dulu niat anda ingin mencari jodoh kini anda hanya ingin menikmati setiap perbualan yang berlaku dari sana. Anda sudah mula tidak serius dan hanya ingin bermain-main sahaja.

5. Rasa penting di dalam itu.

Di dunia reality, anda mungkin kurang bergaul dan berkawan, tetapi sebaliknya pula di dalam sana. Anda menjadi seseorang yang amat penting dan selalu dicari orang. Maka anda terasa seronok hingga mengakibatkan anda rasa anda memiliki kepentingan dalam hubungan maya anda.

Jangan terus menerus bercinta di dalam ini, kalau anda inginkan jodoh yang pasti, jangan takut untuk berjanji dan bertaaruf dengan pasangan anda di luar sana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen