Perempuan Kasar Tak Bermaksud Bersifat Menyerupai Lelaki, Hati Mereka Masih Sensitif Secara Semulajadi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita semua tahu, dalam Islam kita dilarang bersifat menyerupai jantina lain iaitu wanita dilarang menyerupai lelaki dan lelaki dilarang menyerupai wanita. Namun ada juga wanita yang bersifat kasar sejak dari kecil, tetapi bukan mahu menjadi lelaki. Faktor ini mungkin disebabkan adik beradiknya semua lelaki atau dia sering berkawan dengan lelaki sewaktu kecil.



Jika dalam sesuatu kumpulan kawan-kawan, pasti ada yang bersifat kasar. Kasar di sini hanyalah gerak gerinya, gaya jalannya dan dia kurang gemar berpakaian yang menonjolkan keayuan wanita. Pakaiannya biasanya lebih kepada seluar dan baju longgar dan lebih memilih untuk memakai sneekers berbanding heels. Biasanya kawan yang kasar ini selalu melindungi kawan-kawan lain yang ayu dan lembut. Selalunya apabila diganggu oleh kumpulan lelaki nakal, dialah yang ada di depan, dan memberitahu kumpulan lelaki itu supaya tidak mengganggu dia dan kawan-kawannya.



Biasanya wanita kasar ini ada peminatnya juga. Ada lelaki yang suka pada wanita kasar kerana mendapati mereka lebih pandai membawa diri dan tidak mudah jatuh. Namun bukan mudah nak jaga wanita kasar, mereka biasanya tidak suka dikongkong atau dihalang setiap gerak gerinya. Meski tidak melakukan perkara tidak elok, namun mereka ada aktiviti yang digemari tersendiri. Jadi, kebanyakan wanita kasar ini tidak mempunyai teman lelaki kerana risau akan dikongkong dan minatnya dihalang.



Bagi lelaki, jika anda mempunyai pasangan atau teman wanita yang kasar, kalau boleh janganlah memaksa si dia berubah secara drastic terumata dari segi pakaian dan penampilannya. Jangan risau, bila tiba masanya si dia akan berubah dengan sendirinya. Jika dipaksa, risau akan menjadi kekok dan memberontak pula. Walaubagaimanapun beruntung juga memiliki pasangan yang bersifat kasar, mudah dijaga, pandai membawa diri dan yang paling penting berpakaian dan perangainya juga selamba sahaja.

Oleh itu, hormatilah apa sahaja penampilan dan perwatakan seseorang selagi ianya tidak melanggar batas dalam Islam. Jika sudah melampaui batas, haruslah ditegur supaya kembali kepada fitrah asal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen