Bercinta Dengan Lelaki Lebih Muda Selalu Dikaitkan Dengan ’Anak Ikan’, Kadang Mereka Ini Lebih Matang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Percaya atau tidak, perasaan cinta yang hadir itu bukanlah kehendak kita. Begitu juga dengan orang yang hadir dalam hidup kita, ianya sudah ditentukan. Adakala perasaan cinta itu terbit tanpa mengira peringkat umur. Jika lelaki bercinta dengan wanita lebih muda itu biasa, namun jika wanita bercinta dengan lelaki lebih muda itu jarang-jaran, tetapi ada.



Kadang-kadang apabila ada di antara rakan kita yang bercinta dengan lelaki lebih muda dari usianya sendiri, sering saja ada yang mengaitkan dengan anak ikan. Kononnya lelaki muda itu anak ikan si wanita. Rasionalnya tidak tahu apa maksud sebenar di sebalik perkataan anak ikan itu. Namun apabila mendengar perkataan tersebut, sudah cukup untuk membuat kita faham tentang maksud tersirat yang ingin disampaikan.



Tidak salah bercinta dengan lelaki lebih muda malah ada yang berkahwin dengan lelaki lebih muda. Boleh saja bahagia seperti orang lain. Semuanya bergantung kepada indivitu itu sendiri. Ada yang kata kahwin dengan lelaki muda ni tak ada tanggungjawab, masih mahukan kekebasan dan banyak lagi tohmahan yang dilemparkan secara pukul rata. Tidak semua bersifat begitu, malahan ada lelaki lebih muda yang lebih bertanggungjawab dan menjaga kebajikan isteri dan keluarganya.



Sebagai lelaki pula, jangan sesekali berasa malu bercinta atau berkahwin dengan wanita lebih tua daripada anda kerana sebenarnya ada banyak kelebihan apabila bersama wanita lebih tua berbanding anda. Antaranya ialah wanita itu pastinya lebih matang dan tidak bersifat keanak-anakan. Adakala lelaki berasa bosan apabila wanita sering merajuk tanpa sebab atau mengada-ngada. Namun jika wanita itu lebih tua dari anda, pastinya dia lebih bersikap matang dan positif serta tidak menyusahkan anda.

Jadi, pokok pangkalnya semuanya ada sebab mengapa Allah tetapkan takdir sebegitu. Setiap pasangan diciptakan untuk saling melengkapi, jika wanita kurang, lebihnya pada lelaki. Begitu juga sebaliknya. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita, jika kita redha dah ikhlas, percayalah ada hikmah di hadapan sana nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen