Bakal Pengantin Nak Pilih Tema Warna Baju Hati-Hati Sikit, Takut Nanti Tenggelam Pula Raja Sehari.

 

Masih tercari-cari warna apa yang sesuai buat diri anda untuk majlis perkahwinan nanti? Ada yang nak pilih warna tema yang sedang hangat sekarang ini, ada juga yang nak pilih ikut warna kegemaran dirinya.

Puas belek majalah, tengok gambar artis-artis yang kahwin serta melihat idea perkahwinan yang menarik perhatian anda. Pemilihan warna, serta baju boleh dijadikan panduan serta inspirasi buat anda.



Jangan sampai tersalah pilih tema warna pula, nak-nak lagi dalam pemilihan pelamin, baju pengantin, bridesmaid, adik beradik dan lain-lain lagi. Sebabnya takut anda tenggelam dengan mereka jika warna mereka lebih menyerlah dari anda.

Apa-apa pun jom ikut tips ini;



1. Pemilihan warna baju pengantin.

Bagi yang memilih warna kegemaran sebagai tema, pastikan warna tersebut sesuai dengan kulit pasangan anda juga. Jika anda berkulit cerah, pastikan anda tidak memakai baju yang terlalu terang bagi mengelakkan anda tenggelam.

Jika badan anda agak berisi pula, jangan memilih warna yang membuatkan anda kelihatan lebih besar serta sarat semasa menggayakan pakaian tersebut. Pilih baju yang sedikit gelap agar boleh kelihatan sedikit kurus malah pastikan potongan baju juga bukan yang membuat anda kelihatan agar besar. Pilih potongan yang sesuai mengikut tubuh badan anda, bukan badan orang lain.



2. Pelamin.

Pemilihan warna pada pelamin juga penting bagi membuat anda kelihatan lebih menyerlah di atas perlamian. Kalau boleh jangan gunakan warna yang sama dengan baju anda, nanti dia akan buat anda dan pasangan tenggelam. Pilih warna yang selamat seperti warna putih atau warna yang lembut. Bahkan jangan melebihi 3 warna kerana pelamin akan kelihatan sarat.



3. Bridesmaid dan pengapit.

Zaman sekarang ini memang trend akan bridesmaid ini, namun pemilihan baju bridesmaid ini perlu berhat-hati, takut-takut nanti kalau baju mereka lebih menyerlah hingga membuatkan anda tenggelam. Sama juga dengan pengapit, kalau bileh pilih warna yang lembut san tidak kontra agar tidak terlalu menonjol.

4. Baju keluarga.

Pemilihan yang sama dengan baju bridesmaid atau pengapit, pemilihan baju untuk keluarga juga jangan terlalu kontra serta piliha warna yang lembut. Barulah kalau bergambar nanti anda tidak tenggelam dan mereka pula yang terlalu menyerlah.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen