Jangan Salah Pilih Pencuci Muka, Takut Nanti Rosakkan Kulit Wajah. Yang Bakal Pengantin Itu Lagi Kena Berhati-Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentunya inginkan kulit wajah yang bersih dan juga bebas dari perkara-perkara yang akan menimbulkan rasa tidak yakin. Jadi, sudah tentu kalian akan sibuk melakukan beberapa pembacaan dan pertanyaan mengenai skincare kalian.

Seperti yang anda tahu, permulaan dalam penjagaan wajah adalah dengan pencuci mukanya. Seperti yang kita tahu bahawa, pencuci wajah ini membantu menghilangkan kotoran dari wajah, maka dengan itu, pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan anda membantu merawat kulit wajah anda dengan lebih lagi.



Selalunya, kita ini mudah terpengaruh dengan produk-produk viral ataupun produk yang menjanjikan kesan yang sekelip mata, maka kita begitu mudah untuk memilih produk sebegini tanpa mengkaji dahulu kulit sendiri.

Tidak semua produk kulit wajah ini akan sesuai dengan kulit kita, lebih-lebih kalau anda ini seorang yang memiliki kulit sensitive. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis kulit yang perlu anda kenalpasti.



Namun, anda nak tahu bagaimana satu pencuci muka itu tidak sesuai dengan kulit wajah anda? Jom baca ini.

1. Keluar jerawat selepas menggunakan pencuci muka tersebut.

Kemunculan jerawat di muka ini mungkin disebabkan oleh kandungan yang ada pada pencuci sabun muka anda itu hingga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih sensitive. Sebelum membeli, pastikan anda memeriksa dahulu kandungan dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pencuci muka anda.

2. Kulit akan sedikit kasar.

Kulit akan semakin kering jika anda teruskan penggunaan pencuci muka ini hingga mengakbiatkan kulit wajah menjadi kusam. Kalau tak mahu perkara ini berlanjutan, beralih kepada pencuci muka yang lain.

3. Kulit muka akan jadi tegang dan ketat pada wajah anda.

Ada produk yang menyatakan jika penggunaannya menghasilkan seperti ini itu tandanya ia sedang membuat wajah anda kelihatan muda remaja. Itu adalah salah! Sebenarnya, pencuci muka anda telah menyeduit segala minyak pada wajah anda hingga mengakibatkan PH yang tidak seimbang. Nah, kalau nak kulit kembali normal semula pilih produk yang mengandungi ceramide atau asid hialuronik.



4. Boleh jadi kulit anda akan lebih berminyak dari biasa.

Jika keadaan kulit mempunyai minyak yang berlebihan daripada biasa ia juga bukan satu perkara yang baik. Jika anda memakai produk tersebut secara berterusan, akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap. Di samping itu juga, jerawat akan terhasil akibat minyak yang berlebihan.

5. Kulit terasa sakit dan kemerahan.

Ini sudah berada tahap yang serius. Perkara ini berlaku apabila kandungan pencuci wajah itu terlalu keras. Boleh jadi ia mengandungi alcohol ataupun bahan yang tidak sesuai buat kulit anda. Segera tukar pencuci muka anda dan jangan percaya apa yang mereka claim mengenai produk tersebut.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, segera untuk tukar pencuci wajah anda. Nak-nak lagi buat mereka yang bakal menjadi raja sehari. Kulit wajah yang sihat dan bersih penting buat anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen