Bakal Pengantin Nak Sihat, Jom Derma Darah!

Oleh: Zuzu Yasmine

Menyedari kelebihan dan kebaikan menderma darah, ramai yang ingin menderma namun dibelenggu rasa takut. Ada yang takut jarum, ada yang takut darah, hal itu membatalkan niat seseorang untuk menderma darah. Namun begitu, ada juga yang berani dan mahu menderma namun tidak cukup syarat, contohnya tidak cukup berat atau darahnya hanya cukup untuk diri sendiri sahaja.



Selain mendapat pahala kerana menolong orang yang memerlukan, banyak lagi kelebihan lain apabila anda menderma darah.

Tingkat Tahap Kesihatan Badan

Apabila menderma darah, kita tidak perlu risau mengenai tahap kesihatan kerana sebelum menderma, jururawat bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, jika anda layak menderma bermakna anda tidak mempunyai masalah kesihatan. Apabila tiada kebimbangan mengenai kesihatan, ia dapat meningkatkan tahap keyakinan diri juga di mana anda boleh melakukan apa jua aktiviti yang anda gemari.

Mampu Membakar Kalori

Seringkali kita dengar berkenaan menderma darah adalah berat badan akan bertambah selepas menderma, ternyata ianya tidak benar sama sekali. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kalori seseorang dalam satu sesi selain membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.



Mendapat Kepuasan

Setelah berjaya menderma darah, tentunya kita akan berasa puas kerana sudah dapat membantu sekurang-kurangnya dua orang yang memerlukan. Aktiviti menderma darah ini juga sebenarnya merupakan khidmat komuniti kepada orang lain.

Mengetahu kumpulan darah

Ada di antara kita yang sering tertanya-tanya apakah kumpulan darah sendiri, adakah A, AB, O atau sebagainya. Antara cara mudah untuk mengetahui jenis darah ialah dengan menderma darah kerana sebelum menderma, jururawat bertugas akan membuat pemeriksaan jenis darah terlebih dahulu bagi individu yang pertama kali menderma. Dengan itu, anda boleh mengetahui apakah kumpulan darah anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen