Bakal Pengantin Yang Sakit Gigi Tak Boleh Bawa Bincang! 5 Petua Berkesan Untuk Merawat Sakit Gigi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa yang pernah mengalami sakit gigi sahaja yang tahu betapa perit rasanya. Kata orang, sakit gigi adalah sakit ketiga selepas sakit mati dan bersalin. Betul ke? Allahua’lam. Yang pasti setiap kali sakit gigi pastinya kita tidak dapat fokus terhadap sesuatu perkara, malahan sentiasa terasa cepat marah terhadap sesuatu perkara. Hebat betul dugaan sakit gigi ni, namun terdapat beberapa petua yang sudah dicuba oleh ramai orang untuk merawat sakit gigi.



Esen Vanila

Esen vanilla yang digunakan dalam pembuatan kek dan biskut biasanya itu rupanya mempunyai kegunaan lain iaitu mampu merawat sakit gigi yang berdenyut-denyut itu. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titik esen vanilla di atas gigi yang sakit atau jika gigi berlubang, titiskan ke dalam lubangnya. In Sha Allah kesannya secepat lima ke sepuluh minit.



Bunga cengkih dan daun sirih

Petua ini biasa kita dengar, orang-orang tua juga biasa menyebut, apabila sakit gigi, terus dapatkan bunga cengkih dan daun sirih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi dan bertindak membunuh bakteria pada gigi berlubang. Caranya adalah rebus daun sirih bersama bunga cengkih kemudian gunakan untuk berkumur. Ulang sehingga sakit gigi beransur reda.

Garam.

Ternyata barang yang ada di dapur juga berupaya merawat sakit gigi ititu garam. Larutkan garam ke dalam air panas dan apabila sudah suam, boleh gunakan air garam tersebut untuk berkumur beberapa kali sehingga sakit gigi surut.



Asam Jawa

Ambil asam jawa dan goreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit. In Sha Allah dalam masa satu jam sakit gigi akan hilang.

Minyak Gamat

Minyak gamat biasanya kita sapu pada tempat luka luaran, namun ia sebenarnya boleh disapu pada gigi yang sakit juga. Caranya ialah letakkah minyak gamat pada cotton bud dan disua ke dalam gigi yang sakit.

Jika tiba-tiba diserang sakit gigi, bolehlah mencuba cara-cara tradisional dahulu, jika tidak menjadi atau tidak berkesan, barulah dirujuk kepada doctor gigi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen