Jangan Terkejut, Ini 5 Jenis Buah Yang Mampu Bantu Anda Lupakan Bekas Kekasih Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Susah nak lupakan bekas kekasih memang bukan satu perkara yang luar biasa. Sesiapa sahaja akan berdepan dengan perkara ini. Lainlah kalau orang itu betul-betul kuat yang mampu move on dalam masa sekejap.



Tapi jarang sekali nak jumpa seseorang yang macam itu. Setiap orang memerlukan masa untuknya melupakan seseorang yang pernah melukakan hati bukan. Masa dan kekuatan diri dalam move on itu sememangnya diperlukan dalam hubungan, namun jangan tak tahu ada cara lain sebenarnya membantu dalam move on ini.

Pernah dengar akan buah yang membantu anda move on lebih cepat? Tentu tidak bukan, tapi sebenarnya ada. Ini 5 jenis buah yang bantu anda move on dengan cepat.

1. Avokado

Buah ini kaya dengan vitamin B, jika anda kekurangan vitamin ini maka anda akan terdedah kepada stress dan sukar untuk move on, maka dengan itu dengan pengambilan ini membantu untuk meredakan rasa marah anda dan membuat anda lebih cepat untuk move on.

2. Buah oren

Jika dari namanya mungkin ada yang beranggapan bahawa buah ini masam, namun buah ini mampu menenangkan hati seseorang. Anda boleh memakannya atau membuat jus untuk dapatkan kesan yang baik. Malah ia secara langsung akan mengurangkan tekanan dan kesedihan yang anda rasai.



3. Berry

Buah ini kategori strawberi, blueberries, raspberi dan pelbagai. Buah ini dipercayai mampu membuatkan anda bahagia kerana ia mengandungi anthocyanin di mana ia membantu menyegarkan bahagian kognitif otak supaya anda tidak begitu rasa sedih atau kecewa.



4. Pisang.

Bukan sahaja bantu melancarkan air besar tetapi pisang juga membantu untuk kembalikan mood yang bahagia. Di mana ia mengandungi asid tryptophan, serotonin serta B6 yang membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan bahagia malah mampu mengubah menjadi mood yang ceria.

5. Tomato

Terasa enak apabila dimakan bersama sambal belacan, buah ini juga mampu mencantikkan kulit anda. Namun, buah ini mampu tingkatkan kesihatan mental di mana jika anda terdedah dengan tekanan ia dapat segera membuat anda ingin beralih darinya.

Walaupun buah ini mampu membantu, namun diri sendiri adalah paling penting. Di mana diri anda sendiri yang boleh mengubah perasaan tersebut dan move on.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen