Bercinta Bertahun-Tahun, Lepas Kahwin Baru Tahu Tak Sama Macam Masa Bercinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kenapa pilih si dia sebagai pasangan hidup? Kerana telah lama sangat bercinta, sampaikan orang sekeliling dah mula mengata. Itu sebab ambil keputusan nak kahwin, nak tutup mulut orang. Bukan itu sahaja, dah sampai masa nak halalkan si dia.

Masa bercinta, memang anda dah betul-betul yakin bahawa dirinya itu adalah jodoh anda, sama persis macam yang anda idamkan. Tak ada lebih tak ada yang kurang, sebab itu hubungan tersebut itu mampu bertahan lama-lama.



Lagi pun, anda dengan dirinya telah lama kenal satu sama lain, tentu sahaja lepas kahwin tak ada masalah untuk berdepan dengan semua itu. Haaa, ini yang ramai orang silap sebenarnya.

Masa bercinta itu, tidak menjamin bahawa itu dirinya. Boleh jadi yang dirinya berpura-pura untuk mendapatkan anda.
Jadi selepas kahwin, dirinya tak sama macam yang anda kenal itu. Dia yang anda kenal bukan sahaja baik tetapi lepas kahwin sebaliknya pula.

Bila dah kahwin baru tahu siapa dia sebenarnya. Mana tidaknya, masa inikan dah tidur sebantal, dah kongsi segala-galanya. Rupanya dia bukan seperti yang anda sangkaan. Sebab itu masa bercinta jangan terlalu meletakan harapan yang tinggi terhadap pasangan anda. Boleh jadi dia memang begitu ataupun sebaliknya.



Bila dah macam ini apa nak buat?

Jangan sebabkan perkara seperti ini membuatkan anda mula merasakan bahawa ia bukan satu hubungan yang sepatutnya. Jangan anggap bahawa anda berkahwin dengan pasangan yang salah. Jangan biarkan fikiran negatif menghantui anda.

Cuba untuk lebih positif dan bertenang. Boleh jadi perkara ini berlaku adalah kerana ia ujian buat anda sebagai pasangan suami isteri. Ujian sebeginilah yang akan mengajar anda untuk terus bertahan dengan pasangan anda malah membuatkan hubungan itu menjadi lebih kuat dan nyata.



Salah seorang dari kalian perlu tahu untuk berkorban, jangan hanya membiarkan diri anda terus saling menyakiti. Berkorban itu mungkin sakit tapi ia mampu dirawat dengan rasa bahagia selepas itu. Jika hendak dibandingkan dengan terus menerus tidak mahu mengalah.

Anda tidak akan mengenali seseorang dengan berapa lama anda bercinta dengan dirinya, tapi anda akan mengenalinya apabila dia menjadi yang halal buat anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen