Rasa Kecewa Tak Ada Pasangan, Ini Cara Tingkatkan Hormon Bahagia Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa sunyi seseorang kadang kala akan membuatkan dirinya rasa tidak bahagia walaupun dikelilingi insan yang tersayang seperti rakan-rakan mahupun keluarga. Ini kerana, mereka merasakan jiwa mereka kosong, nak-nak lagi mereka ini belum bertemu jodoh.

Bukan itu sahaja, mulut-mulut orang, seperti pertanyaan dan paksaan ini membuatkan dirinya merasakan bahawa dia terbeban akan perkara sebegitu lalu membuatkannya rasa tak bahagia.



Kebiasaannya emosi dan mental manusia akan dipengaruhi oleh hormon dalam tubuh badan manusia. Tidak setiap masa kita akan merasakan hidup bahagia dan gembira. Sudah pasti kita akan ada masanya untuk rasa sedih dan stress. Walaupun begitu, itu tidak menandakan tiada cara bagi meningkatkan semula tahap hormon kegembiraan dalam tubuh kita.

Setiap manusia di dunia ini memiliki hormon gembira dan berperanan penting untuk memberikan rasa bahagia. Ini kerana, serotonin, dopamin, oxytocin, estrogen dan juga progesteron memainkan peranan penting untuk mempengaruhi kesan kebahagiaan yang kerap kita rasakan.



Berikut merupakan 4 cara mudah bagi meningkatkan hormon kebahagiaan pada tubuh badan manusia.

1. Bersenam

Tahukah anda, dengan melakukan senaman setiap hari boleh memberikan rasa bahagian dalam hati kita. Bahkan perkara ini juga turut disokong oleh para penyelidikan dan mengatakan bahawa senaman selama 20 hingga 30 minit pada setiap hari mampu meningkatkan kesan mood serta membantu waktu tidur anda menjadi lancar serta menghapuskan semua fikiran negatif. Senaman juga boleh mengeluarkan endorfin serta serotonin bagi mempertingkatkan lagi mood serta meningkatkan tenaga dalam tubuh kita.

2. Meditasi

Salah satu cara bagi meningkatkan lagi hormon bahagia juga boleh dilakukan dengan cara bermeditasi. Ia memberikan kesan kesihatan mental yang sangat besar dan pada masa yang sama ia mampu meningkatkan hipotalamus bagi melepaskan endorfin dari kelenjar pituitari. Anda boleh melakukan meditasi sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari bagi memberi peluang kepada latihan pernafasan serta merehatkan fikiran serta menyebar perasaan bahagian.



3. Mendapatkan sinaran matahari

Kulit kita sememangnya memerlukan cahaya sinar matahari serta mampu meningkatkan kesans erotonin dalam tubuh badan. Sekiranya mood yang suram serta mengalami hari yang teruk, cara bagi mengelak dari terus stress, sebaiknya anda dapatkan cahaya matahari pagi yang panasnya menyenangkan. Pada masa yang sama, anda perlukan rehat yang santai dengan menikmati minuman panas seperti teh dan kopi dengan keluarga atau orang yang anda senangi.

4. Perbanyakan makan makanan yang banyak mengandungi vitamin B

Tanda tubuh badan kekurangan vitamin B adalah kerap rasa marah, susah untuk menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan dan sering terlupa. Jika anda mengalami simptom ini, sebaik-baiknya anda makan banyak vitamin B bagi meningkatkan pengeluaran serotonin, dopamin dan juga norepinefrin. Biasakan diri anda untuk mengamalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti biji-bijian, beras perang dan sayuran hijau seperti kale, brokoli dan bayam.

Semoga dengan 4 cara di atas anda boleh meningkatkan hormon kebahagiaan dengan berkesan seperti yang dikongsikan di atas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen