Gadis Bertudung Bawal, Tarik Perhatian Lebih Di Mata Jejaka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemilihan tudung bawal ataupun shawl ini semenangnya tidak aka nada habisnya. Kalau orang perempuan tiada masalah untuk memakai keduanya tetapi yang menjadi masalah adalah orang lelaki. Bagi mereka, wanita yang memakai tudung bawal lebih memikat hati berbanding memakai shawl, tapi bagi wanita pula shawl lebih mudah.

Eh, tapi shawl atau bawal ini bukan jenama tudung tetapi ia lebih kepada jenis tudung yang boleh anda dapati di pasaran. Orang perempuan tahulah , yang lelaki kang pening kepala pula nak faham.



Bila nampak artis macam Tokti pakai bawal, terus ramai lelaki yang akan memuji kecantikannya. Haa, hebat betul penangan tudung bawal ini.

Nak tahu tak kenapa tudung bawal ini menjadi pilihan di mata lelaki?

1. Sedap mata memandang.

Bagi orang lelaki, jika wanita memakai tudung bawal ini lebih sejuk dan bersesuaian pada pandangan mata mereka. Mana tidaknya, tak perlu terlalu berpusing-pusing yang merimasakan. Itu yang menyejukkan mata pandangan orang lelaki.



2. Lebih kemas.

Sudah tentu penggunaan tudung bawal ini akan lebih kemas dan sesuai digunakan buat para wanita yang penuh kelembutan. Bahkan tudung bawal ini juga lebih teletak bukannya perlu dijaga dengan betul selepas memakainya.

3. Menutup aurat.

Bagi orang lelaki, jika wanita menggunakan tudung bawal aurat mereka akan lebih terjaga tetapi itu pun bergantung pada cara menggayakannya. Namun jika digayakan dengan elok maka elokklah si pemakainya.



4. Ringkas dan tak ambil masa yang panjang.

Ini tentu sebab mereka ini tidak mahu menunggu lama, itu yang merasakan apabila wanita memakai tudung bawal ia akan ambil masa yang pantas. Sedangkan bagi sesetengah wanita, penggunaan tudung bawal ini agak melecehkan.

5. Kelihatan awet muda.

Siapa sangka, orang lelaki beranggapan apabila wanita memakai tudung bawal ini kelihatan lebih awet muda dari biasa. Haa… selepas ini kalau nak nampak muda kenalah pakai tudung bawal sentiasa.

Namun begitu, orang lelaki kena ingat bahawa orang perempuan ini bukan saja-saja memakai tudung bawal atau shawl tetapi lebih kepada mereka ini nak bina keyakinan diri mereka sendiri. Bukannya nak pakai sebab korang pun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen