Wanita Nampak Makin Tua & Hodoh Bila Stress Yang Melampau.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang akan berdepan dengan stress, walau macam mana bijak sekalipun dia berdepan dengan masalah, tentu sahaja ia akan rasa sedikit sebanyak stress. Stress ialah tekanan perasaan yang akan datang dan pergi dalam satu jangka masa. Tidak semua orang mampu mengawal stress yang sama, malah tidak semua juga akan berdepan stress yang sama.

Bagi anda mungkin ia satu perkara yang biasa-biasa tetapi bagi orang lain, ia bukan satu yang biasa dan sudah melebihi dari batas kekuatannya, bahkan ada juga yang mampu memudaratkan diri kerana stress.



Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyabbakan wajah seseorang menjadi hodoh.

Ini kerana, mereka yang berdepan dengan stress akan membebaskan hormone kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan kelihatan pucat serta tidak sihat.

Menurut Dr. Fhioone Moore yang ketuai kajian tersebut menyatakan, sekiranya kortisol dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi ia akan membahayakan kesihatan seseorang.



Satu kajian telah dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai.

“Kami mendapati, Kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya kurang adalah lebih rendah kerana kurang tertekan.” Jelasnya.

Tekanan atau stress ini sememangnya sentiasa akan dihadapi oleh semua orang. Yang membezakannya adalah bagaimana untuk tangani perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen