Nak Tahu Pasangan Korang Setia Ke Tak? Tak Payah Tengok Kelakuan, Dari Kata-Kata Pun Boleh Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa je yang tak bimbang kalau-kalau pasangan dia main kayu tiga di belakang dirinya. Nak-nak lagi bila dah berharap setinggi gunung malah sayang bagaikan tiada hari esok tentu sahaja membuatkan anda mahu pasangan anda terus setia bersama anda.

Kecurangan ini boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, namun itu semua adalah pilihan seseorang. Hanya dirinya sahaja yang mampu membuat dirinya tidak berlaku curang. Bukan salah pasangan atau sesiapa pun jika perkara ini berlaku, tetapi itu adalah pilihan dirinya.



Takut disakiti malah takut terluka tentu sahaja anda ingin tahu adakah pasangan anda itu curang ataupun tidak bukan? Kalau selalunya melihat melalui perbuatan. Apa kata kali ini lihat melalui percakapannya pula.

Jangan terkejut kalau kata-katanya ini tanda pasangan anda berlaku curang.

1. “Mengapa awak tak seperti dia.”

Selalu membuat perbandingan sebenarnya tanda-tanda bahawa pasangan anda ini mempunyai niat untuk berlaku curang dibelakang anda. Ini kerana, dia merasakan ada kekurangan pada diri anda dan anda kelebihan pada orang lain. Kalau dia setia, perkara ini bukan masalah buatnya.



2. “Nak jumpa mak ayah, nanti-nanti jelah.”

Mungkin ada yang menganggap bahawa kata-kata ini adalah tanda dirinya tak bersedia untuk berkahwin, tetapi ia juga tanda bahawa dia mempunyai orang lain. Kalau pasangan yang ikhlas dengan anda tentu sahaja akan segera untuk menghalalkan hubungan anda dengannya.

3. “Bila masa saya tak setia?”

Bimbang jika kelakuan dirinya telah dapat dihidu, maka dia pun bertanya kembali kepada anda akan kesilapan dirinya untuk dia tahu bahawa anda tahu atau tidak kelakuannya. Hati-hati ini mungkin soalan perangkap untuk anda. Tentu sahaja dia takut kantoi sikap buruknya itu.



4. “Orang itu lebih bagus…”

Sekali dirinya membandingkan, itu tandanya matanya sentiasa melirik terhadap orang lain. Dia tidak pernah melihat anda sepenuhnya dengan kedua matanya. Tetapi lebih melihat kelemahan anda.

5. “Jika ada yang lebih baik kenapa tak pergi dekat dia.”

Sangat kecewa kalau dengar perkara sebegini keluar dari mulutnya bukan. Ini tandanya dia bersedia untuk lepaskan anda kerana merasakan anda bukan untuknya. Dia tidak berjuang malah lebih berserah sahaja.

6. “Tahu, saya pernah janji.”

Segala janji manis akan begitu mudah dia lontarkan. Namun tak pernah sekali pun dia tunaikan. Janji-janji itu sekadar penyejuk hati anda sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen