Bimbang! Ini Cara Bakal Pengantin Hilangkan Selulit Sebelum Naik Pelamin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mahukan tubuh badan yang sempurna, kalau boleh tidak ada sedikit cacat cela pun. Nak-nak lagi kaum wanita, kecantikan tubuh badan amat penting buat dirinya. Mana tidaknya, jika terdapat cacat cela mungkin membuat dirinya hilang keyakinan.

Apabila seorang wanita menutup aurat dengan sempurna itu bukan bermakna dirinya mempunyai pelbagai kekurangan pada tubuh badannya, tetapi itu adalah yang dituntut oleh agama Islam. Namun, itu bukan bermakna dia tidak perlu bimbang akan apa yang ada pada tubuh badannya.Terutama masalah selulit.



Apa itu selulit?

Sesetengah orang akan memberitahu anda bahawa selulit hanyalah lemak. Sementara yang lain akan berkata selulit terdiri daripada toksin terperangkap dan air yang berlebihan di bawah kulit. Sebenarnya selulit adalah keadaan yang memberi kesan kepada rupa kulit di kawasan yang mempunyai deposit lemak (yang paling ketara di bahagian punggung dan paha), memberi kulit rupa berlekuk, dan berketul-ketul.

Tip Merawat Selulit

Tiada sebarang rawatan yang boleh menyingkirkan selulit secara efektif. Walau bagaimanapun, berikut antara rawatan atau tip yang boleh anda lakukan bagi membantu anda mengurangkan penampilan kulit tidak sekata ini, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.



1. Menyedut lemak

Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction – antara rawatan untuk masalah selulit – di mana lemak akan diserap keluar dari badan. Proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai.

2. Urutan

Ia berdasarkan idea untuk memberikan urutan pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

3. Laser

Dikenali sebagai sistem radiofrekuensi, yang memberikan hasil lebih baik. Merupakan gabungan antara urutan, liposuction atau terapi cahaya. Ia mencairkan lemak, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengetatkan kulit, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pengekalan cecair. Hasil daripada rawatan ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan.

4. Minum air

Meminum lebih banyak air merupakan antara pilihan rawatan yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah selulit. Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.



5. Senaman

Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini. Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya. Berikut antara beberapa senaman yang boleh anda cuba; squat, jump-squat, step-up, Glute/leg kick-backs dan side-to-side. Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.

6. Lulur kopi

Lulur kopi juga bermanfaat untuk mengurangkan selulit. Urut dan pengelupasan memberikan manfaat pada kulit dengan merangsang aliran darah/ limfa dan kafein di dalam kopi mempunyai kesan pengetat.

7. Omega-3

Teori lain ialah penggunaan jenis lemak yang salah mengakibatkan ketidakseimbangan asid lemak yang diperlukan oleh badan untuk kulit dan tisu yang licin. Terdapat beberapa bukti pengambilan asid lemak Omega-3 dan vitamin larut lemak yang mencukupi akan membantu mengurangkan selulit dari semasa ke semasa. Selain itu, Omega-3 dan vitamin larut lemak penting untuk banyak fungsi lain dalam badan.



8. Mandi detoks

Teori menyatakan bahawa toksin membina kulit dan lemak menyebabkan selulit. Namun, tiada penemuan bukti saintifik untuk menyokong tuntutan toksin ini dan mandi detoks boleh membantu anda lebih santai dan baik untuk kulit dengan cara yang lain. Jadi mereka patut dicuba!

9. Berat badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen