Suami Itu Melindungi, Jangan Sakiti Hati Isteri Dengan Perkara-Perkara Seperti Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin perbuatan ini dilakukan tanpa disedari oleh diri sendiri, malah melakukannya kerana anda merasakan pasangan anda bersalah sedangkan itu sekadar perasaan sahaja. Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, begitu juga pasangan suami isteri.

Jangan ingat apabila seorang isteri itu diam dan mentaati suaminya, maka suaminya berhak melakukan apa-apa sahaja ke atas isterinya, walaupun berada di depan orang ramai. Isteri juga memiliki air muka yang perlu dijaga. Jangan semudahnya anda menyakiti isteri sebegitu rupa.



Mungkin dirinya tak pernah menyatakan bahawa perbuatan anda itu melukakan, tetapi cuba lihat wajahnya tentu tertulis segalanya. Bukan itu sahaja, cuba lihat kemesraannya kepada anda, semakin jauh dan renggang, itulah tanda bahawa anda melukakan hatinya.

Mari kita lihat beberapa perkara yang melukakan hati isteri tanpa sedar;

1. Meninggi suara depan orang ramai.

Mungkin dia terlambat sedikit ataupun langkahnya kecil tidak macam anda. Boleh jadi di memimpin tangan anak anda itu menyebabkan langkahnya lambat. Tetapi tak akan sebab itu anda meninggikan suara di depan orang ramai. Betul, dia isteri anda tetapi dia pun ada air muka yang perlu dijaga.

Jika dia berjalan lambat, apa salahnya kalau ada kecilkan langkah anda. Setiap perkara itu ada penyelesaiannya.



2. Memperlekehkan isteri.

Isteri tak pandai berhias, isteri mengenakan pakaian yang lama malah membandingkan isteri dengan orang lain, itu semua memeperlekehkan isteri sendiri. Walaupun anda berkata-kata sebab ingin isteri anda mengubah penampilannya tetapi kata-kata anda itu mengguris hatinya.

Apabila bila anda ingin ubah penampilannya dengan memberikan hadiah baju yang baru. Membelikan apa yang wanita lain guna kepada isteri anda itu.

3. Tunjuk bahawa anda berkuasa.

Ada sememangnya suami, berkuasa sebagai ketua keluarga. Namun jangan pula disebabkan perkara itu anda merasakan isteri anda itu bukan sesiapa. Dia itu isteri yang memudahkan urusan harian anda, ibu kepada anak-anak anda malah dia juga orang yang mendoakan anda. Jangan merasakan anda ketua keluarga maka dia boleh marah dan kecewakan dirinya.

4. Memalukannya depan anak-anak.

Walaupun depan anak-anak anda, tetap sahaja itu bukan satu contoh yang baik buat mereka. Jika anda tidak tahu menghormatinya, macam mana anak-anak hendak menghormatinya juga. Bahkan anak-anak juga kan turut memperlakukan ibu mereka sama seperti anda buat pada isteri anda.



5. Memukul dan kata-kata kesat.

Isteri adalah untuk dilindungi serta dijaga hatinya, bukannya dipukul dan dihina. Mereka ini juga sama seperti anda iaitu insan biasa. Jika anda tidak mampu melindungi dirinya, apa kata pulang sahaja mereka kepada ibu bapanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen