Ramai Pasangan Selalu Anggap Mudah Akan Perkara Ini, Tapi Kemudian Hari Rasa Menyesal Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan suami isteri ini tentu sahaja akan ada pasangan surutnya. Kalau sebelum kahwin mungkin sahaja kita selalu mengangan-angankan sesuatu yang indah sahaja. Tetapi selepas berkahwin baru tahu apa erti sebenarnya sebuah perkahwinan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.”

“Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin.”

Sering kali kita dengar akan perkara-perkara sebegini dikaitkan dengan hubungan suami isteri, tetapi selagi belum melaluinya kita merasakan ia bukan satu kepentingan untuk memahami.

Jika dilihat pada usia perkahwinan ibu bapa, tentu sahaja merasakan ia begitu mudah untuk dipertahankan, sebab itu mereka mampu bertahan dengan lama. Akan tetapi, orang zaman dahulu dengan sekarang sangat berbeza.



Kalau dulu, mereka lebih berhati-hati malah menyayangi pasangan tepi orang sekarang lebih terburu-buru dalam semua benda.

Ini antara kesilapan orang zaman sekarang dalam perkahwinan.

1. Mudah menjaja aib pasangan.

Paling banyak dilakukan oleh mana-mana pasangan. Bukan sekadar menjaja melalui mulut sahaja tetapi sekarang lagi mudah dengan menggunakan media sosial. Malah ada juga yang menyediakan tempat-tempat khas pasangan suami isteri meluahkan rasa tak puas hati terhadap pasangan mereka.

Walaupun tak diberitahu nama dan pasangan siapa, tetapi tentu sahaja akan mudah terasa kalau terbacanya.

2. Terburu-buru nak bercerai.

Keputusan yang terburu-buru serta dilakukan dalam keadaan marah banyak dilakukan pada masa ini. Yang isteri terburu-buru meminta cerai, yang suami pula terburu-buru nak lafazkan talak. Sedangkan dalam hubungan ini semua perkara boleh dilakukan perbincangan.

Kalau salah faham boleh jernihkan, kalau ada silap boleh perbaiki. Kalau berpisah secara terburu-buru, takut nanti tanggung rasa menyesal tak berkesudahan.

3. Dalam diam tambah pasangan.

Jangan tak jangka, orang sekarang ini banyak yang berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama. Apa yang menyedihkan adalah mereka ini melakukan secara senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi dibelakang pasangan.
Tak salah untuk menikah lain, tetapi suami yang melepaskan tanggungjawabnya pada isteri adalah berdosa besar.

4. Berzina.

Walaupun sudah memiliki yang halal, tetap sahaja memandang yang haram. Sangat menakutkan tetapi itulah yang terjadi pada masa ini. Zina itu seperti bukan lagi yang berdosa lagi. Inilah akibatnya kalau berkahwin hanya sekadar nafsu semata-mata.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen