Kawan Baik Biasanya Orang Yang Paling Bencikan Ex Anda!

Oleh: Zuzu Yasmine

Hampir semua di antara kita mempunyai kawan baik bukan? Biasanya kawan baiklah yang tahu banyak perkara pasal kita termasuklah hubungan percintaan kita dengan kekasih. Kawan baik juga adalah orang yang selalu menadah bahu apabila kita kecewa denagn cinta.



Biasa kita dengar kawan baik adalah orang yang paling anti atau paling benci bekas kekasih kita. Betul juga tu sebenarnya, cuba tanya kawan baik anda semua. Dia benci bukan kerana apa, tapi kerana dialah yang paling tahu bahawa bekas kekasih anda itulah yang selalu membuat anda menangis dahulu, selain anda, dialah juga yang cukup kenal akan diri anda. Dia tahu betapa kecewanya anda dulu disebabkan bekas kekasih anda.

Jadi, walaupun telah lama berpisah dengan bekas kekasih anda itu, kawan baik anda masih anti dengan dia. Kalau tak percaya, cuba uji kawan baik anda semua dan lihat reaksi mereka. Paling tidak pun kawan baik anda tak mahu dengar anda sebut namanya lagi, apalagi kalau terserempak di mana-mana. Cukup anti ya kawan baik ni. Jika anda punyai kawan baik sebegini hargailah dia kerana itu tandanya dia turut merasakan kekecewaan yang pernah anda rasa dulu dan dia juga sentiasa ada untuk anda di kala anda gembira dan kecewa.



Namun, jangan salah sangka pula. Kawan baik anda benci pada bekas kekasih anda disebabkan perbuatannya terhadap anda dahulu, bukan untuk diambil kesempatan menjadikan bekas kekasih anda itu sebagai kekasihnya pula. Walaubagaimanapun ada juga kes sebegitu, di mana kawan baik menggantikan tempat anda yakni menjadi kekasih ex anda. Jangan terkejut kerana perkara ini benar-benar berlaku di antara kita semua.

Walaupun begitu, sebenarnya banyak yang positif berbanding negative. Jika ada kawan baik yang sailang bekas kekasih anda tu, apa nak buat, mungkin jodoh mereka. Namun jika seseorang itu masih berhubungan, janganlah pula diganggu atau menjadi orang ketiga dalam hubungan orang. Takut nanti karma sedang menanti di persimpangan jalan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen