Bila Disuruh Memilih, Antara Dikhianati Atau Mengkhianati Dalam Hubungan, Yang Mana Pilihan Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan, sama ada ingin menjadi yang baik, kecewa ataupun yang sebaliknya. Jika anda diberi pilihan, yang mana lebih baik antara dikhianati atau mengkhianati? Nak yang menyakitkan atau disakiti? Yang mana menjadi pilihan anda?

Dalam sebuah hubungan, apa yang bakal menjadi pilihan anda apabila hubungan tidak terjadi seperti yang anda harapkan. Mana menjadi pilihan?

Apa-apa pun pilihan yang dibuat, tentu akan ada hati yang bakal terluka.



Jika anda memilih untuk disakiti, ini antara kesannya;

Luka yang paling teruk akan anda perolehi apabila kepercayaan dan rasa sayang anda dikhiananti begitu sahaja. Segala kata-kata dan janji-janji manis itu bagaikan tiada erti buat si dia. Itu hanya dusta yang ingin menyedapkan hati serta memudahkan segala urusan yang keruh.

Anda mungkin sukar untuk percaya akan dirinya lagi malah orang lain. Apabila kepercayaan yang diberi itu tidak dihargai, ia mambuatkan anda takut untuk membuka peluang kepada orang lain kerana bimbang keadaan yang sama akan berlaku. Sedih, kecewa, sukar untuk move on membuatkan anda memilih untuk terus tidak mempercayai sesiapa.

Disakiti ini mempunyai banyak kesan yang melukakan hati, hilang kepercayaan diri sendiri serta orang sekeliling malah merasakan bahawa ia tidak sepatutnya berlaku.



Bagaimana pula jika anda memilih untuk menyakiti atau mengkhianati;

Jika ini pilihan anda, tegar sungguh anda melukakan seseorang yang tulus menyayangi anda seikhlasnya. Jangan menganggap ini satu keseronokan kalau ada pihak lain yang terluka akan sikap anda. Jangan bergembira di atas kelukaan orang lain. Ini tidak seharusnya berlaku.

Jika anda sudah tawar hati kepadanya, katakan kepadanya.
Jika ada orang lain yang ingin menjadi orang ketiga dalam hubungan, katakan kepadanya.

Jangan biarkan orang yang betul-betul sayang akan anda itu kecewa yang tidak akan sembuh. Kepercayaan yang diberi itu adalah tanda dia betul sayang akan anda, bukannya untuk diperkotak katikkan oleh insan yang tidak tahu menghargai.



Jika akhirnya anda menyedari bahawa itu satu langkah yang silap, anda tidak mungkin mampu miliki kepercayaan yang sama lagi, “kaca yang pecah belum tentu dapat dicantumkan kembali”. Kekecewaan seseorang itu bukan kegembiraan diri anda.

Yang mana satu pun menjadi pilihan anda, ingatlah jangan melukakan hati sendiri demi kebahagiaan orang lain ataupun jangan melukakan hati orang lain demi kebahagiaan hati sendiri. Kerana setiap perbuatan itu akan ada balasan yang setimpal kepada pelakunya. Jika tidak hari ini, mungkin hari esok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen