Murah Sangat Ke Kata Maaf Tu? Hari Ini Minta Maaf, Esok Buat Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang melakukan kesilapan, sama ada kecil atau besar, tetap perlu minta maaf apabila tersedar dari kesalahan. Namun jangan pernah menganggap kata maaf itu terlalu murah sehingga berkali-kali minta maaf atas kesalahan yang sama dan kembali mengulanginya.

Baik lelaki mahupun wanita, adakala mampu menerima kata maaf selepas disakiti, adakala masih boleh bertolak ansur atas kesilapan pasangan, namun apabila sudah terlalu kerap, dan seolah-olah menjadi rutin membuat silap kemudian minta maaf, buat silap kemudian minta maaf, rasanya itu sudah berlebihan, apalagi kesilapan yang sama.



Kebanyakan kesilapan dan kata maaf yang berulang kali dalam hubungan percintaan adalah apabila kantoi curang. Buat kali pertama, minta maaf adalah sangat wajar dan apabila sudah dimaafkan, diharap tidak mengulangiya lagi. Namun apabila kali kedua ketahuan lagi, perlukah kata maaf itu diterima? Mungkin untuk kali kedua masih boleh dipertimbangkan, namun dikhuatiri akan diulangi lagi sekiranya dimaafkan, kerana berfikir bahawa maaf itu mudah dan murah, asalkan minta maaf.



Ingatlah bahawa kesabaran dan kebaikan seseorang manusia ada batasnya, ada tahapnya. Jika kebaikan dijadikan alasan untuk menindas dan memperguna, namun akan menimbulkan bait-bait pertelingkahan dalam perhubungan. Sifat mengambil kesempatan seseungguhnya tidak wajar dan tidak perlu dalam perhubungan, tetapi apa yang paling penting adalah keserasian dan saling toleransi. Adakala kita perlu juga berfikir sejenak, bagaimana jika pasangan kita lakukan sebegotu kepada kita? Apakah kita suka? Apakah kita tak suka? Begitulah juga dia rasa.

Jadi, jangan jadikan maaf itu sebagai alat yang dianggap murah dan mudah kerana kemaafan itu sebenarnya langsung tidak bermakna apabila anda masih mengulangi kesilapan yang sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen