Hati-Hati Orang Lelaki, Sebelum Berangan Nak Masuk Syurga Cuba Ingat Balik Berapa Ramai Hati Wanita Yang Telah Anda Rosakkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seronok bukan meletakkan harapan yang tinggi pada para gadis, menabur janji yang belum pasti malah mengucapkan kata-kata manis yang membuat para wanita sanggup melutut dan merayu akan anda.

Sedikit pun anda tak pernah fikirkan perasaan mereka ini, tak pernah pun terlintas bagaimana kalau ia terjadi kepada ibu, kakak serta adik perempuan, malah yang lebih menakutkan bagaimana kalau ia terjadi kepada anak perempuan anda?



Jangan ingat dengan melukakan hati seorang perempuan ini anda akan terlepas dengan mudah selepas mehilang tanpa jejak, tukar nombor telefon ataupun mengucapkan kata putus. Mungkin di dunia anda terlepas tapi di akhirat kelak belum tentu lagi.



Bagaimana jika wanita yang anda lukakan itu tidak akan memaafkan anda?

Dekat akhirat nanti,

Sebelum kita yang lelaki ni berangan nak masuk syurga,

Di tepi pintu syurga, berbarislah para wanita yang dah kita rosakkan hati mereka.

Kita buat mereka terbuai dengan suara dan pujuk rayu,
Kita buat hati mereka percaya lalu kita khianati,
Kita buat mereka cintakan kita lebih dari cintakan Tuhan mereka,

Waktu itu, terlolonglah kita kerana hampir ke syurga,

Tapi pasti ke neraka!

Hati-hati orang lelaki.

Di dunia, kita adalah manusia yang paling banyak dosa!

Allahu.

Jadi jika anda pernah melukakan hati seseorang wanita sebelum ini, segera meminta maaf dengannya. Nak-nak lagi jika anda bakal berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Tentu sahaja anda mahu kehidupan yang bahagia bersama insan pilihan anda.



Tetapi jika rumahtangga anda itu mendapat doa yang tidak baik dari seseorang yang pernah anda lukakan, bagaimana?

Memohon kemaafan kepada mereka yang pernah anda lakukan, masih belum terlambat lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen