Hidup Ini Pilihan, Nak Pasangan Yang Baik Maka Jadi Yang Terbaik Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hidup ini, kita sentiasa miliki pilihan. Nak jadi yang baik atau pun tidak itu juga pilihan. Nak jadi orang yang membahagiakan orang lain atau hanya membahagiakan diri sendiri itu juga pilihan. Dalam hidup ini sememangnya penuh dengan pilihan, sehingga kadang kala anda sendiri tidak tahu adakah itu pilihan yang baik ataupun tidak sebenarnya.

Terlalu banyak pilihan sehingga yang baik nampak buruk dan begitulah sebaliknya. Sama juga dengan pilihan mengenai pasangan hidup ini.

Jika diberi pilihan seseorang yang tidak ambil tahu mengenai agama serta seseorang yang tahu mengenai agama, yang mana menjadi pilihan anda?



Tentu sahaja akan ramai yang memilih orang yang tahu agama, yang baik serta soleh solehah. Kenapa? Sebabnya anda yakin bahawa dirinya mampu membimbing anda mencari keredhaan Allah malah orang yang berpegang pada agama ini tentu sahaja mereka yang baik-baik.



Begitu juga dalam mencari pasangan, kalau anda mahukan pasangan yang baik maka anda juga perlu melakukan kebaikkan. Bukannya hanya berusaha mencari yang baik tetapi diri sendiri tidak berusaha mencari kebaikan.

Kalau anda inginkan pasangan yang baik, maka perbaiki dahulu diri anda. Ini kerana pasangan itu merupakan cerminan diri anda. Jika pasangan anda maka tentu sahaja diri anda juga terdiri daripada orang yang baik.

Hidup ini adalah pilihan, bahkan setiap pilihan itu terus bersambung sehingga anda mati. Jadi jangan tersalah membuat pilihan terutama berkenaan jodoh ini.



Anda mungkin boleh pilih untuk menjadi insan yang bahagia, ataupun insan yang sekadar membahagiakan insan lain. Namun jika anda mencari kebahagiaan yang Allah mahukan tentu sahaja anda mampu menjadi insan yang bahagia serta membahagiakan insan yang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen